Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Selangor Jinakkan Ikan Patin

Selepas tenang mendahului satu kosong di separuh masa pertama, Selangor tidak bermain secara neutral lagi, mereka menjadi ultra defensive, sekadar berkampung di kawasan sendiri untuk mengekang asakan Tok Gajah. Kepercayaan Selangor pada satu gol ibarat perjudian di mesin judi, mereka melabur 10 ringgit dan berharap dapat cuci 10 ribu ringgit. Dengan aksi bertahan, Selangor dilihat lebih fokus mengawal duo striker Tok Gajah, Matias Conti dan pasangan, Dickson Nwakaeme. Tapi melihatkan Norazlan tangkas macam dinding di pintu gol, semangat pemain Pahang untuk terus menyerang mula luntur, segala cubaan on target mudah-mudah saja Norazlan save. Rembatan paling deras dari Dickson pun selamba Norazlan tepis pakai tangan kiri, sambil tangan kanan Norazlan buat isyarat good dengan ibu jarinya digosok pada hujung hidung ala-ala Bruce Lee. Bukan biasa-biasa Norazlan pada game kali ini, rembatan Dickson kalau dibiarkan bebas tanpa ada sebarang halangan, bola itu boleh bergerak selaju komet, dan ak...

Bola kena sepak cap Malaysia

  Selepas musnahnya rekod kebal JDT di Larkin, seluruh warga bola tempatan dan antarabangsa bercerita mengenainya. Di Kota Inggeris, Manchester United dan Arsenal antara pasukan yang memberi penghormatan dengan tidak mahu menang perlawanan masing-masing selepas mengetahui JDT tumpas buat kali pertama di Larkin sejak 2013. Kalau Manchester United, aku yakinlah memang mereka nak bagi penghormatan dengan sekadar seri, Arsenal itu yang tak berapa pasti, samada memang mereka mahu seri atau mereka tak mampu nak menang.     Sementara di segenap warung-warung di jajahan takluk selatan, masih ada suara-suara sumbang menyatakan rasa tak puas hati dengan komitmen para pemain JDT di atas padang. JDT pun satu, kalau nak kalah pun, biarlah kalah dengan pasukan-pasukan agung macam Manchester United ke, Manchester Bersatu ke, atau Red Devil ke, ini tidak, dengan Felda juga mereka nak rebah. Dengar cerita sehari selepas Felda menang, harga sawit di pasaran dunia meningkat naik. Tak past...

MALAYSIA TAK KE PIALA DUNIA

Baru semalam Harimau Malaya mengharungi aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia zon Asia. Entah dimana silapnya seekor harimau boleh kehilangan kuku dan taring, malah dicabul tanpa dibalas, seolah-olah merelakan diri, biasa yang rela ni Maria Ozawa je. Harimau sepatutnya berpewatakan bengis dan tangkas membaham, tapi semalam yang bengis cuma style rambut keruk tepi tapak satu para pemain Harimau sahaja, bukan pada aksinya. Sebenarnya ramai peminat dah menjangka Harimau Malaya akan kalah perlawanan tersebut, tapi tak semua menjangka Harimau akan tumpas dengan 6-0, margin jaringan yang besar bagi perlawanan bola sepak, kalau perlawanan tenis, jumlah 6-0 itu baru set pertama, tapi sayangnya, semalam bukanlah perlawanan tenis.   Bagi pihak penyokong Harimau Malaya, kelesuan bola sepak di Malaysia dah berlarutan terlalu lama. Baru beberapa tahun lepas, Thailand masih mampu kita jinakkan, tapi tengoklah Thailand hari ini, dah mampu bersaing dalam kasta tertinggi bola sepak Asi...

Chelsea Dan Pahang Dari Sudut Sukar

  Kejayaan Jose Mourinho mencatat kekalahan ke tujuh dalam liga telah menambah ragu-ragu tentang statusnya sebagai 'the special one'. Dalam erti kata 'special', ia bermaksud istimewa, kalau dah tujuh kali kalah dan terjerumus ke kelompok pasukan yang bersaing untuk ke divisyen dua, dimana speciality beliau? Mourinho ini bukanlah entiti asing dalam bisnes bola sepak di Eropah, boleh kata setiap tahun bibirnya mengucup piala dan lehernya berkalung pingat, tapi entah 'suwey' apa yang hinggap pada beliau sampai Chelsea boleh dibahan oleh penyokong Liverpool setiap minggu. Kalau dah sampai penyokong Liverpool boleh membahan, memang binawe tahap dewa dah Chelsea ini.     Pada aku, kekerapan Chelsea digula-gulakan bukanlah salah Mourinho seratus peratus, kalau diperhatikan gameplay Mourinho, aku masih nampak corak dan idea. Untuk lebih adil dan saksama, aku berbesar hati nak menyalahkan para pemain mereka sendiri. Ramai pemain yang bermain seolah-olah mereka bermain ...

Ku pinang kau minyak belacak

   "Atas restu Allah, Ku ingin milikimu..." Entah apa tajuk lagu Rossa dengan Pasha ni, tiba-tiba je berhantu ditelinga kiri dan kanan aku sebaik mendengarnya di radio tadi. Kalau dah berhantu tu maknanya sedaplah, hantu yg tak sedap cuma gangguan hantu, yg lain-lain semua sedap. Contoh, tengok wayang cerita hantu dengan makwe, kan sedap tu. Jadi, selepas dengar lagu tu tadi, lagu lain lah pulak main dekat radio, lagu-lagu lain tu tak berapa menangkap sangat, sebab lagunya pun pasal tepi sikit, tumpang lalu dan bermacam-macam lalu lagi. Kita nak mencari mutu tau, kalau nak tumpang lalu, rasanya... hmm tak boleh rasalah. Inilah padahnya kalau terlalu bergantung pada bibir pink dan muka guava. Pasha muka Guava jugak, tapi padu-padu lagu dan senikatanya. Cuba tengok orang-orang lama, muka keras, parut atas bawah, senang cerita muka berunsurkan hutan dan alam semulajadi, tapi yg mereka usung atas pentas bukan rupa, tapi bakat. Bakat bro! Aku sampai sekarang tak boleh move on den...

Malaysia Dan Liverpool di tawan Jerebu

  Untuk minggu kedua bulan Oktober, jerebu masih bebas meliputi ruang udara bumi Malaysia dengan banyaknya. Jerebu ni boleh dianggap sebagai bencana alam tahunan, setiap tahun, pasti ada perutusan berbentuk asap yg dikirim dari negara jiran, negara kelahiran Andik Vermansyah, pemain pasukan Selangor dan Suryanto Hertono, penebas pelepah sawit ladang Ayer Hitam. Dalam kegawatan ekonomi hari ini, kiriman yg sebegini rupa sangatlah tidak sesuai untuk dihadapi rakyat jelata, boleh memudaratkan kesihatan yg sihat pun ala kadar sahaja. Kirimlah panda ke, beras ke, nampaklah sikit hasilnya. Ini tidak, dikirimnya asap beracun yg jelas menyebabkan tahi hidung menjadi lebih tebal daripada biasa. Kalau keluar dengan kekasih pun, hidung cepat kebas, sebab ada objek yg bersaiz besar didalamnya, ini kita tidak mahu.    Sementara itu, Bang Din tahu, ramai penyokong Liverpool hari ini bersuka ria, ini ekoran berita pemecatan Brendan Rodgers. Sebagai pemerhati sukan bola sepak, Bang Din ...

Dari Jiwa Seorang Blues

   Di ketenangan cuaca yang sejuk, gua tenang duduk di dapur, hirup kopi o panas. Lelaki blues dan kafein memang tak dapat dipisahkan, ia ibarat kaki dan cagu. Memang wajib bersama, tapi kalau engkau pernah tumbuh cagu dekat dahi, engkau abaikanlah perumpamaan gua tadi. Sambil hirup kopi, gua layan Facebook di telefon bijak gua. Media sekarang tengah sibuk angkat isu perhimpunan baju merah, mereka kata ini perhimpunan yg cuba membuktikan melayu bersatu.    Hal-hal berbaur politik malas gua nak campur sebenarnya, tapi memandangkan gua bakal jadi pengundi bertauliah, sikit-sikit kenalah ambil kisah. Gua sedar, betapa kroniknya Malaysia sekarang, walaupun Malaysia kaya dengan kepelbagaian bio, itu samalah macam engkau sekadar kaya budi bahasa, tapi poket kau bersawang. Hmm engkau faham tak? Ha eloklah kalau tak faham, kang yg betul-betul poket bersawang tu kecik hati pula dengan statement liar gua ni.   Seperti hati Rossa yg tersakiti, gua pun sama macam Rossa,...

Hai Nurul Shalala

  Jam pukul 10 malam, gua meluncur laju menunggang Yamaha fevret gadis-gadis belasan tahun bangsa wechat. Y125z, walau cc termaktub dalam kategori kapcai, mereka tak kisah, mereka berpegang teguh pada ayat 'kita rider tiada beza'. Gua menunggang dalam kelajuan sekitar 160km/jam, sambil kepala tunduk potong angin. Gua dah terlewat nak ke apartment Nurul Shalala, gadis moden, berambut pendek paras bahu, dan sebaya. Nurul Shalala whatsapp siang tadi ajak late dinner di apartmentnya. Bulu roma gua tegak berdiri, sejuk lain macam. Telefon dalam poket kanan dari tadi bergegar, ada panggilan masuk, mungkin dari Nurul Shalala. Gua abaikan saja, fokus yg tinggi diperlukan pada kelajuan tinggi. Kalau hilang fokus, kelajuan seperti ini mungkin membawa gua kepada sepersalinan putih esok pagi.   Tepat jam 10.15 gua sampai di perkarangan apartment Nurul Shalala. Selepas siap parking di basement, gua pantas berlari ke arah lif. Laju lif naik sampai ke tingkat 13, melilau mata gua mencari p...

Jerebu di FAM

Pagi rabu kita masih berjiran dengan jerebu. Indeks udara tidak sihat untuk apa-apa sahaja aktiviti, sebagai contoh bermain layang-layang. Layang-layang tetap boleh terbang, tapi bakal hilang dalam terang. Jadi kalau dah hilang, maknanya hilanglah. Gua cuma nasihat, boleh jadi berguna, boleh jadi tidak. Di keterbatasan penglihatan pada musim jerebu ni, gua tekun menelaah akhbar-akhbar utama Malaysia sambil memegang torchlight. Teruk betul jerebu sampai baca surat khabar pun tak nampak. Rata-rata akhbar melaporkan kes geng ultras memberontak distadium Shah Alam. Gua cuba tak ambil peduli, gua cuma mahu melalui kehidupan normal sebagaimana rakyat Jerman. Bangun pagi, pergi kerja, petang balik, malam santai tengok bola dan hooraayy!! Setiap kali tengok bola, rakyat Jerman jarang dihampakan. Berbeza dengan gua, pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap, kadang-kadang gua lupa, matahari tu bulat ke petak. Dah lah balik lambat, gua balik, berehat tengok bola, mulut gua pula yg penat, 90 mini...

Semalam di Manchester (2)

 "Trutt..trutt.." Huh, ada pesanan Whatsapp masuk. "Bro, ada mana?" Mesej ringkas dari Wan, member sebaya dan sekampung gua. "Gua kat Manchester ni" "Buat apa kat sana bro? Baru nak ajak lepak" "Eh tak dapatlah Wan, opah gua ni minta tolong picitkan kaki dia, esok lusa gua baliklah" Perbualan alam maya gua berakhir disitu, sudah bluetick, tapi tak berbalas. Sementara itu, Era mula menangis teresak-esak, hingusnya mula mencair, saja dihembus tarik kuat-kuat bagi menambah gimik kesedihannya. Sebagai lelaki yang memiliki budi pekerti dan empati yang tinggi, gua mudah tewas dalam pertarungan yang berbaur emosi sebegini. "Sudahlah Era, u jangan nangis lagi, i maafkan u" Gua memulakan kembali perbualan kami, sambil berjalan ke arah Era. Era terus menangis, sampai sahaja gua didepannya, Era langsung memeluk erat tubuh sasa gua. Tangisan tadi bertukar senyuman, gua pun tersenyum sama, sebuah pelukan jarang gagal dala...

Semalam di Manchester

  Malam semakin larut, kepekatan langit konsisten, tiada angin bertiup, cahaya bulan samar-samar bersembunyi belakang awan. Di lampu-lampu jalan, kabus kelihatan halus, dingin terasa kuat menggigit kulit, kulit dah terbiasa dilatih oleh iklim lembap khatulistiwa, sesekali keluar dari negara pelantar sunda dan bumi sambal belacan, Malaysia, gua terasa janggal. Ya, gua di luar Malaysia, sedang menikmati panorama benua Eropah, tapak bersemainya kemegahan penyokong The Citizen dari seluruh dunia, bandar Manchester.   Baru seminggu di Manchester, gua dah mula merindui Vladimir, kucing versi Wak Doyok, bulunya lebat, gua rajin simpan duit disebalik bulu Vladimir, jadi bila letak not kertas 10 pound sterling dalam poket seluar, gua mula sebak, nyaris berlinangan air mata keramat. Sebelum gua berangkat ke sini, gua ada gulungkan 10 Ringgit pada bulu Vlad, gua lupa ambil, risau betul kalau Vlad menjilat-jilat bulunya, keluar duit kertas tu, nanti Vlad ingat itu London Choco Roll, dit...

Era sepasang kebaya biru

Hati menyanyi riang, bunyi yang dikeluarkan langsung tak didengari, hanya gua seorang yang merasakan. Undangan makan percuma tak pernah gagal untuk mengghairahkan gua. Menantikan jam 8.30 malam terasa lambat, senja macam cuba melengah-lengahkan aturan makan malam percuma ni. Sementara menantikan waktu yg tepat, gua bersiap-siap mandi dengan Carrie junior, seperti dalam iklan, sebaik sabun di crett keluar, ada gajah warna pink keluar sama, kami mandi berdua. Selesai mandi, gua bersiap-siap, rexona gua sebatikan ke setiap celah badan yang bercelah. Minyak wangi Hugo Boss gua sembur dengan nafsu, dari kaki sampai ke rambut yang paling hujung. "Abang, malam ni Era ambil tau, siap-siap, pakai hensem-hensem, wangi-wangi macam selalu". Teringat kata-kata terakhir Era dalam telefon siang tadi. Gua sedikit ralit dalam ayat Era, dia suruh wangi macam selalu, gua kali terakhir dating dengan Era gua tak sempat mandi, Hugo Boss pun gua tak sembur. Gua mula syak sesuatu, tapi terbayangka...

Ranjau Di Kehujanan

  Petang Ahad, layan retromania sinar FM, dan langit kelabu lagi, menyampaikan khabar, mungkin hujan, mungkin tak. Jangan peduli, peduli tanda ambil tahu, bila kau ambil tahu, kau mula berharap, dan bila kau berharap, kau akan kecewa. Nada kecewa ni yakin gua utarakan sebab gua adalah mangsa kekecewaan dari sebuah harapan. Jadi bukan pasal kecewa yang gua nak cerita, bukan juga pasal hari Ahad, sekadar mukadimah yang panjang sikit.   Gua duduk didapur, berlindung dari kesejukan luar sana. Hirup secangkir kopi panas, cuba menghangatkan organ-organ utama dalam badan yang sasa ni. Asap vapor berkepul-kepul memenuhi dapur berskala kecil. Setiap sedutan berselang seli dengan hirupan kopi.  "Tap..tap..tap"   Air hujan mula menghempas zink. "Ahh jatuh juga kau, menangislah kalau itu keperluan, nangis puas-puas". Gua mengomel sendirian.  Tiba-tiba ada sepicis rindu yang menabrak. Gua ralit, rindu yang sebak tak sepatutnya datang. Ini mungkin memori silam ...

Malaysia, Najib dan Suster Keramas

  Ketenteraman bang Din diusik, isu isu dalam negara yang mengusik, kapal terbang, rasuah, dan segala macam ketirisan lagi memukul jiwa luhur kamikaze bang Din, kalau bang Din lahir di Utah ceruk batu Amerika nun sana, tiada maslahat rasanya nak mengulas. Sebagai penghuni negara penghujung benua Asia pelantar sunda ini, bang Din terpanggil untuk cuba ambil berat hal perihal negara tercinta ini, sepicis itu tanda prihatin.    Sebagaimana misterinya nusantara alam paranormal, isu kapal terbang mengikut jadi misteri sama, dua biji, satu ditembak, satu hilang ghaib macam alam ghaib, suster keramas dan tali pocong perawan. Dengan dua kuasa besar US dan Russia saling tuding jari, Malaysia terpaksa ikut, jari siapa yang paling kuat. Nak salahkan US, tak boleh, US geng main golf Najib, nak serang Russia, cuba cerita, kuasa mana yang berani usik anak buah Vladimir Putin, pernah Vladimir Putin tegaskan, jangan sampai beliau ratakan tanah eropah, perkara yang tak mustahil dilakukan...

Sampah dalam seni

Mendung masih sarat sejak pagi, tak kelihatan matahari menyelinap, langit pun tak merembes lagi sisa pemejalwapan. Impian hujan mahu turun belum terlaksana lagi. Cuaca sejuk mengundang Abang Din menguap dua tiga kali secara berturut-turut tanda mahu tidur, sementara komitmen kerja tak mengizinkan Abang Din untuk berbuat demikian. Mengantuk waktu kerja ini memang satu ketagihan buat Abang Din, tambah lagi baru lepas makan tengahari, kena lauk yg berbaur santan, memang kecanduan rasanya. Demi memenuhi tuntutan sebagai pekerja yg etikanya terpelihara, Abang Din gigih untuk tidak mengantuk, macam-macam wayang harus dilakukan demi mengaburi mata bos. "ahh layan era fm lah" Detus hati Bang Din secara tiba tiba. Telefon abang keluarkan dari poket belah kanan seluar Camel. Ibu jari sibuk memutar bahagian menu mencari aplikasi radio, download free dekat play store.. huhu Sejurus jumpa, Abang sibuk pula mengimbau frekuensi era fm. "rasa macam semalam baru buka dekat ...

Apa Yang Engkau Cari

Sedingin Kota Samprodia, daerah calcio terulung. Kota terancang, sistem perparitan seunggul tamadun Mesopotamia, sejarahnya setaraf taman tergantung Babylon. Struktur daerah dihias gunung peranginan, bukit bukau, disamping kemegahan kelab bola sepaknya di serie A, meski kelabnya bukan pencabar kejuaraan seperti pasukan Old Lady, penyokongnya ada sebab untuk berbangga, pasukan mereka dapat bersaing untuk liga tertinggi dalam kasta bola sepak Itali. Advantura Manaf ke kota ini bukan satu kesilapan, beliau menikmati suasana yang jauh berbeza berbanding Malaysia, bumi sambal belacan. Prospek untuk mendapatkan sambal belacan disini sangat kecil, tapi itu bukan masalah besar, manifesto travel Manaf dah termaktub yang beliau harus pantas menyesuaikan diri walau dimana pun keberadaan beliau, jadi masalah sambal belacan tak boleh menjadi faktor terbesar untuk beliau mengetepikan impian travelnya.    Sepertua hidupnya, gerakan renaisan sebegini yang dah lama diimpikannya, bermukim dit...

Dinihari bumi Malaysia tercinta

"Menyapa dinihari, keterlihatan padanya ketenangan, legasi yang terutus hari-hari, itu nikmat. Masih mampu pula menembusi belantara konkrit, pusat manusia membudayakan keringat tanpa beringat. Mereka belajar terlampau tinggi untuk menjadi robot. Aku pasti itu bukan keperluan kalau kepimpinan tidak korup. Entah pemimpin entah lembaga" Din Vladimir

Zine babi

"Segagah si babi tak mahu berseteru, Kau mula gila babi, seperti tercandu, ketagih menyelusup, kadang kala menyondol. Ketika dangkal, sondolan punca binasa, hidung makin menyimbol angkuh. Ironik, pertukaran ini cuma melibatkan muka, hati masih babi" Din Vladimir
 Menulis itu satu cara aku mencari kebebasan. Aku cuba hidup gembira dengan mula buat apa yang suka, tatkala kehidupan mula menuntut aku tunduk pada protokol yang perlahan lahan menjerut. Bagaimana kehidupan itu tak boleh dilihat dari satu sudut sahaja, kerana yang satu itu sentiasa menyulitkan. Penerokaan ke sudut lain pula tidak semestinya menyeronokkan, tapi ia pasti menjanjikan cabaran. Jangan biarkan kebosanan ditahap terbaiknya, keluar dan jangan hidup macam orang biasa. DinVladimir