Skip to main content

Malaysia, Najib dan Suster Keramas

  Ketenteraman bang Din diusik, isu isu dalam negara yang mengusik, kapal terbang, rasuah, dan segala macam ketirisan lagi memukul jiwa luhur kamikaze bang Din, kalau bang Din lahir di Utah ceruk batu Amerika nun sana, tiada maslahat rasanya nak mengulas. Sebagai penghuni negara penghujung benua Asia pelantar sunda ini, bang Din terpanggil untuk cuba ambil berat hal perihal negara tercinta ini, sepicis itu tanda prihatin.
   Sebagaimana misterinya nusantara alam paranormal, isu kapal terbang mengikut jadi misteri sama, dua biji, satu ditembak, satu hilang ghaib macam alam ghaib, suster keramas dan tali pocong perawan. Dengan dua kuasa besar US dan Russia saling tuding jari, Malaysia terpaksa ikut, jari siapa yang paling kuat. Nak salahkan US, tak boleh, US geng main golf Najib, nak serang Russia, cuba cerita, kuasa mana yang berani usik anak buah Vladimir Putin, pernah Vladimir Putin tegaskan, jangan sampai beliau ratakan tanah eropah, perkara yang tak mustahil dilakukan Russia. Kalau bom Hiroshima radius kemusnahannya satu, nuklear Russia radiusnya sepuluh, dan mungkin lebih.
Vladimir Putin, the power of dream.
   Nicolas Sarkozy si muka bengis pun tak boleh satu lawan satu dengan Vladimir, walaupun Presiden Russia itu pertumbuhan rambutnya terencat, itu tanda kimia Russia ada power. Najib rambut dia bergolak juga, tapi tak ada bukti pergolakan itu disebabkan kegagahan, mungkin sekadar faktor usia.
  Sementara tasik di utara Oklahoma yang berhampiran sempadan Philadephia semakin kering, kes kapal terbang masih macam layang-layang, terhuyung-hayang, gagal dimeterai dengan bijak oleh kerajaan demokrasi. Demokrasi tanpa emansipasi.
  Rakyat Nusantara tempat berdirinya Gunung Ophir kalau disebut dalam injil atau dalam panggilan komersialnya Gunung Ledang, masih tertunggu-tunggu Najib turun takhta, peluang diberi dipersia-siakan, sokongan rakyat yang memangkah menjadikan mereka kerajaan majoriti ini sudah lenyap, tak ada lagi, kalau ada pun, sokongan itu berbaur kepentingan. Berundurlah Dato Seri, sedarlah kuasa rakyat itu maha 'grande', jangan sampai Raja-raja tanah melayu campur tangan, raja-raja ada kuasa membubarkan parlimen melalui akta-akta yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara. Malaysia dah tenat, rakyat ada makan suplemen vitamin, tak benak, mereka dah tahu betapa nazaknya kondisi negara sambal belacan ini, undurlah Najib, sesungguhnya penghormatan itu lebih berharga dari 2.6 billion, mengurus negara tak sama macam mengurus ladang COC. Letak jawatan dan marilah kita berhuhu.


Din Vladimir

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...