Hati menyanyi riang, bunyi yang dikeluarkan langsung tak didengari, hanya gua seorang yang merasakan. Undangan makan percuma tak pernah gagal untuk mengghairahkan gua. Menantikan jam 8.30 malam terasa lambat, senja macam cuba melengah-lengahkan aturan makan malam percuma ni. Sementara menantikan waktu yg tepat, gua bersiap-siap mandi dengan Carrie junior, seperti dalam iklan, sebaik sabun di crett keluar, ada gajah warna pink keluar sama, kami mandi berdua. Selesai mandi, gua bersiap-siap, rexona gua sebatikan ke setiap celah badan yang bercelah. Minyak wangi Hugo Boss gua sembur dengan nafsu, dari kaki sampai ke rambut yang paling hujung.
"Abang, malam ni Era ambil tau, siap-siap, pakai hensem-hensem, wangi-wangi macam selalu". Teringat kata-kata terakhir Era dalam telefon siang tadi. Gua sedikit ralit dalam ayat Era, dia suruh wangi macam selalu, gua kali terakhir dating dengan Era gua tak sempat mandi, Hugo Boss pun gua tak sembur. Gua mula syak sesuatu, tapi terbayangkan rambut lurus hitam dan berkilat Era, gua tepis segala syak wasangka.
Jam dah menunjukkan pukul 8.10 minit malam, jantung gua berdegup laju menunggu Era. Era gadis millennia yang manis, bibirnya merah tak perlu gincu.
PONN!!!! PONN!!!!
Bunyi hon menghentikan lamunan gua pada bibir Era. Hon apa macam kapal bunyinya ni? Gua mengomel dalam hati sambil melangkah keluar rumah. Humangaihhh..gua lihat susuk tubuh ramping mengenakan sepersalinan kebaya biru di samping kepala treler Scania. "Abang, jom, kita dah lambat ni". Suara manja Era memanggil gua.
"Era, kenapa bawa Scania, mana kancil 660 Era?" Soal gua kehairanan. "Kancil Era hantar pergi overhaul". Terang Era ringkas. Sebagai anak dara kepada pemandu lori, Era betul-betul menonjolkan ketokohan bapanya dalam dunia kejuruteraan perlorian ini. Gua pantas naik ke sebelah penumpang lori. Niat utama gua cumalah mahu melihat Era dan makan percuma, aspek pengangkutan gua tak ambil peduli sangat.
"Era, kita nak makan dekat mana ni?"
Soal gua sebaik lori bergerak.
"U ikut je, adalah tempat special." Balas Era sambil mengenyitkan mata. Jantung gua seakan gugur melihatkan reaksi spontan Era, mahu saja gua menyisir rambut yang menutupi telinganya. Tapi memikirkan fokus pemanduannya boleh terganggu, gua tangguhkan niat gua itu sampai jumpa lampu merah.
Setelah 20 minit pemanduan, kami sampai diperkarangan restoran. "Uii banyaknya BMW kat sini, ni mesti restoran mahal ni." Teka hati gua sebaik Era parking lorinya. Sampai didalam gua duduk dikerusi sebuah meja bulat. Banyak meja disitu, tapi Era memilih meja berhadapan dengan pentas, sebagai pemburu makanan percuma, gua hanya ikut aturan Era. Ramai orang melayu berpakaian semat berkot. Gua cuba kagum dengan bangsa gua. Suasana senyap seketika.
"Apa khabar semua?" Tanya seorang lelaki 30 an, bermisai tipis,
mungkin emcee majlis.
Tiba-tiba Era dan yang lain-lain membalas serentak, khabar baik.. Dahsyat boss!!
Gua tersentak, gua perhati Era, mendengarkan sepotong ayat tu, Era dah tak menawan lagi. Gua terbalikkan meja, Era gua paksa dia berdiri, gua undur tiga langkah kebelakang, gua terajang Era, melambung Era sampai keatas pantas. Gua berlalu pergi sambil mengemaskan kemeja gua. Orang ramai hanya perhatikan sampailah gua selamat keluar pintu. Lalu pintu pun gua terajang, kacanya berterabur, bertebaran diatas lantai seperti pasir-pasir dipantai. Gua anti MLM.

Comments
Post a Comment