Day 1
Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara.
Bergambar kenangan di terminal Butterworth.
Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin menjelang pagi, orang ramai dah mula memenuhi ruang menunggu. Ketibaan feri dinanti dengan penuh berdebar dan sabar. Penantian itu kalau menurut istilah cinta satu penyeksaan, kalau menurut istilah percutian pula, penantian itu adalah masa untuk berfikir, berfikir benda-benda sedap yang kau nak buat kejap lagi. Jadi sementara menunggu, kami bertukar pendapat soal ilmu peperangan masing-masing dan berbincang hal strategi yang bijak.
Dua daripada empat pendekar sedang menunggu feri di ruang menunggu yang agak selesa.
Tak sampai setengah jam menunggu, feri yang dinanti dengan penuh kasih tiba juga akhirnya. Kalau feri lambat sikit masa itu, memang kami dah ambil keputusan nak berenang saja merentas seberang pulau nun sana. Nasib baik feri dah sampai sebelum sempat kami menyarung swimsuit. Dalam kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu masuk, dapat juga kami menempatkan diri kedalam feri.
Berjaya mendapat port yang sedap dalam feri merupakan kejayaan awal kami dalam menjajah Penang.
Pelayaran dengan menaiki feri tak berlangsung lama, lebih kurang 10-15 minit kami dah mendarat di jeti Georgetown. Bau-bau Inggeris cukup kuat di Georgetown, memandangkan kota ini pun mendapat nama sempena nama Raja Britain, King George. Pulau Pinang ini pun ada sejarah yang lebih awal sebelum penaklukan Francis Light, yakni Pulau ini mula-mula sekali, sentuhan pertama datangnya dari penakluk berdarah Melayu, Datuk Nakhoda Intan. Begitulah kisahnya kota Georgetown ni. Jadi, dari jeti, kami menggunakan perkhidmatan bas CAT, bas percuma dan bergerak ke stesen bernombor 11. Dari situ kami berjalan pula menuju ke Transfer Road, lokasi pertama memburu makanan enak sebagai sarapan pertama kami di Penang.
Ini dia transfer road, lokasi sarapan roti bakar goyang yang top juga di Penang.
Roti bakar goyang transfer road
Roti bakar dia memang betul-betul bergoyang, sebagai tambahan, kami order menu ayam pedas lagi. Dari sini kami berfikir lagi kemana lokasi penjajahan seterusnya. Selepas bertanya pendapat penduduk lokal Penang, kami menuju pula ke Komtar, Kompleks Tunku Abdul Razak, yang terletak tak jauh dari transfer road ini. Sekitar 5 minit berjalan kaki.
Di Komtar kami mendapatkan maklumat perjalanan seterusnya selepas bertanya pada kaunter khidmat pelanggan disitu. Kami dibekalkan peta Georgetown, dan segala keperluan maklumat perjalanan yang diperlukan, termasuklah nombor bas rapid Penang yang bakal membawa kami ke lokasi yang kami hajati. Terletak betul-betul bersebelahan Komtar, satu lagi transit bas rapid, lokasi penaklukan seterusnya adalah pasar Chowrasta. Terletak tak jauh dari bangunan Komtar, kami mengambil keputusan untuk terus mengusung bag dan berjalan kaki.
Puas mencuci mata di Chowrasta, kami kembali semula ke Komtar, menunggu bas rapid yang menuju ke Bukit Bendera. Tak hensemlah kalau ke Penang tapi tak merasa angin Bukit Bendera yang nyaman bagai nak rak tu.
Agak jauh juga rupanya Bukit Bendera dari Komtar ni.
Love lock yang menjadi tumpuan pasangan couple mengunci cinta mereka.
Day 3
Lebih kurang 15 minit pelayaran ala-ala Van Der Wick, kami pun selamat tiba di jeti Butterworth. Kami menyambung langkah kami menuju ke terminal yang terletak bersebelahan sahaja dengan jeti. Tumpuan pertama sekali sudah tentulah mencari tiket balik ke Selatan. Memandangkan kami datang dengan bas, perjalanan balik kami mahu mencuba advantura KTM Berhad pula.
Dengan harga RM 53 untuk satu kepala, tiket pun dapat kami genggam, jadual perjalanan keesokannya, pukul 8 pagi. Jam baru melepasi maghrib, kami harus mencari tempat untuk bermalam. Sekali lagi gadis lokal Penang datang menghulurkan bantuan. Beliau datang ke terminal dan membawa kami ke hotel berdekatan. Malam itu kami bermalam di hotel bajet Sin Tong Ah dengan kadar ijarah RM 80 tunai. Bergegas kami mengacakkan diri sebelum gadis Penang itu membawa kami makan malam di food court Bukit Mertajam, gerai Wan Zai ikan bawal.
Selesai makan, kami berjalan ke Uptown Perda, terletak bersebelahan food court tadi. Disini lah kami mencari sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Selatan. Dah sampai dekat Penang, tak sah pula kalau tak singgah beli jeruk madu Pak Ali, borong habis, tersenyum tuan kedai tengok hasil jualannya laku malam itu, kegembiraan rakyat jelata merupakan kegembiraan kami juga. Itu lah moto yang kami pegang sepanjang menjajah negeri Penang. Dah selesai dengan souvenir bak kata Robert Pattinson, baliklah kami ke hotel dengan hati yang senang, lalu tidurlah kami dalam pelukan malam yang maha enak di Butterworth.
Bergambar dihadapan bangunan Komtar
Keadaan sesak di pasar Chowrasta
Puas mencuci mata di Chowrasta, kami kembali semula ke Komtar, menunggu bas rapid yang menuju ke Bukit Bendera. Tak hensemlah kalau ke Penang tapi tak merasa angin Bukit Bendera yang nyaman bagai nak rak tu.
Agak jauh juga rupanya Bukit Bendera dari Komtar ni.
Puncak Bukit Bendera
Love lock yang menjadi tumpuan pasangan couple mengunci cinta mereka.
Perjalanan turun dan naik menggunakan tren
Laluan tren yang agak curam mengghairahkan para pengunjung
Wajah puas berjaya menakluk Bukit Bendera, mercu tanda Pulau Pinang.
Harga yang dikenakan untuk melawat Bukit Bendera cuma RM 10 bagi pemegang mykad. Usai misi murni di Bukit Bendera, kami kembali semula ke pusat transit di Komtar, juga menggunakan rapid Penang dengan tambang RM 2. Memandangkan perut sudah mula lapar, rancangan makan tengahari kami sudah tentulah nasi Kandar.
Hal makan ini merupakan hal yang serius, jadi kami merekrut dua orang tempatan Penang untuk menjadi tali barut dalam membantu misi menakluk Pulau Pinang ini. Kami merancang untuk bertemu di masjid Kapitan. Sampai sahaja di Komtar, kami menerjah bas CAT dan terus ke Masjid Kapitan Keling yang terletak bersebelahan Lebuh Buckingham, Georgetown. Tak lama menunggu, dua orang gadis manis Penang ini memunculkan diri, terus kami dibawa ke the best Nasi Kandar in Penang, Restoran Kapitan.
Restoran Kapitan yang terletak di Lebuh Chulia
Selepas gelojoh melahap, badan mula terasa letih. Kami berjalan ke kawasan sekitar mencari hotel untuk bersiap siaga menghadapi malam. Ada lima ke enam hotel juga kami singgah, akhirnya kami memilih hotel di Malabar road, Malabar Inn. Dengan harga RM 150 untuk empat kepala, itu lah harga paling berbaloi. Ada lagi yang lebih murah, tapi semuanya berkonsepkan hostel, yakni tiada privasi. Memandangkan kami ini pendekar, takut juga orang tahu kami bawa tombak, keris dan buluh runcing, jadi lebih manis kami mencari hotel.
Gambaran menarik Malabar Inn Guest House
Selesai check in, masa yang ada sementara nak menunggu petang, kami penuhi dengan kemuliaan, iaitu berehat. Lokasi seterusnya, kami meneroka Penang street art, sebelum menuju ke tanah pentadbiran Francis Light, Padang Kota Lama. Petang itu, kami menyewa basikal dengan harga RM 15, penat juga nak berjalan kaki kalau nak ke Padang Kota Lama dari hotel tempat kami menginap. Dah ada basikal, panjang sikit langkah kami, sempat bersiar-siar sampai ke Little India.
Salah satu mural yang terdapat di street art Penang
Bruce Lee memperagakan tendangan Eric Cantona
Ini dia dua orang gadis Penang yang menemani penjelajahan Penang kami, manis bukan?
Selepas agak lama berkecimpung dalam arena enjin, dapat mengayuh basikal memberikan kami keterujaan yang maha dahsyat
Selepas membasahkan ketiak, kami membasahkan tekak pula
Di padang kota lama, kami berkenalan dengan Raja Pantun, famous juga dia ni di area situ, cuba search dekat YouTube 'Raja Pantun Padang Kota Lama'
(Rujuk link di bawah)
https://m.youtube.com/watch?v=oK62yBLlO
Dari segi kemanisan, gadis Penang dan gula memang bersaing sengit
Lelaki berbaju biru cair itulah raja pantun 'Penang mali'
Alang-alang berada di Padang Kota Lama, dua orang gadis manis tadi mengajak kami merasa keenakan mee sotong original made in Penang. Sebenarnya, perut kami berempat tak lah lapar sangat tapi memandangkan nak mencuba, kami order dua pinggan sebagai syarat nak merasa. Nah! Licin juga, memang berbisa mee sotong depa, wajib cuba, bukan sunat muakad, wajib!
Mee sotong yang menjadi keghairahan di Padang Kota Lama
Dah puas meratah mee sotong, kami melepak sambil bergambar kenangan di kawasan sekitar. Waktu petang memang ramai orang duduk bersantai disini, lokasi pun strategik, padang luas yang menghadap laut. Di sinilah orang ramai menyambut angin sedap dan syahdu yang membawa perutusan rindu.
Merakam momen manis dihadapan City Hall
The City Hall dari sudut yang lebih sedap
Langit semakin hening, sehening kuning senja yang menguning, menandakan waktu senja bakal masuk menghadap dan menguasai takhta empayar langit. Kami pun mengayuh basikal pulang ke hotel. Malam itu, kami sekadar berjalan-jalan kawasan sekitar sahaja untuk mencari santapan makan malam. Sedangkan Hokage pun reti penat, apatah lagi kami, malam itu tumpuan kami adalah berehat lebih sedikit selepas melalui hari yang meletihkan.
Day 2
Awal-awal pagi hari kedua, kami check out hotel, pergi ke dobi dan bersarapan pagi. Di dobi itulah kami terserempak dengan sepasang couple dari Itali, rupa-rupanya depa orang kampung Andrea Pirlo, maestro bolasepak Itali. Sempatlah kami kirim salam forza Itali dekat depa berdua, dan sarapan pagi kami kali ini kami singgah pula ke Restoran nasi Kandar Line Clear.
Preeetttt... line clearrrr!!!
Selesai mengerjakan line clear, kami bergerak ke Komtar semula dan mencari bas ke Batu Feringgi. Tunggu punya tunggu, tak sampai 5 minit, bas dah sampai. Tambang RM 2.70 diperlukan untuk ke Feringgi. Lebih kurang 30 minit juga jarak menaiki bas dari Komtar. Sempatlah kami mengasah tombak dan keris dalam bas.
Kami tersampai awal ke Feringgi, belum time nak check in lagi
Kami sampai ke Feringgi dalam lebih kurang pukul 11 pagi, belum time lagi nak check in Hotel, jadi kami duduk bertenang dan minum dulu. Sementara ada masa, kami survey dulu aktiviti-aktiviti sedap dekat Feringgi ni. Tengah-tengah kami nak beredar dari situ, kami disapa oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai abang cicakman. Beliau ini perunding aktiviti air di Feringgi, jadi kalau ada yang sampai ke Feringgi tapi tak tahu aktiviti apa nak buat, pi cari abang cicakman. Lokasi check in kami kali ini di Fheritage Hotel, dengan kadar RM 130 untuk empat kepala.
Feringgi heritage terletak berdekatan dengan lokasi night market Ferringi.
Selepas check in, kami berehat dulu sementara menunggu waktu makan tengahari. Selesai bersiap dan menukar pakaian, kami turun dan mencari kedai makan. Soal pilihan jangan risau, sebab berderet kedai makan dekat area sini, semua pilihan ditangan anda. Di Feringgi, sekali lagi kami menunggu kedatangan dua orang gadis manis yang menemani perjalanan backpacking kami di Georgetown semalam.
Untuk memudahkan lagi perjalanan aktiviti kami petang itu, dua orang gadis ini mencadangkan kami supaya menyewa motosikal, memaksa kami membuat mesyuarat tergempar, selepas sepatah dua kata sambil menyeluk poket seluar, kami bersetuju. Kami bergegas mencari motor sewa, menandatangani MoU persefahaman dan kami pun menyewa skuter icon dengan kadar RM 50 untuk satu hari.
Dalam perjalanan ke Taman Rimba Teluk Bahang
Destinasi pertama kami bukanlah pantai peranginan Batu Feringgi, tapi kami dibawa ke air terjun Taman Rimba Teluk Bahang. Jarak perjalanan dari Feringgi lebih kurang 15 minit juga. Sepanjang perjalanan dari Feringgi ke Taman Rimba, kami dihidangkan dengan pemandangan biru ala-ala Miami, disamping penthouse dan apartment mewah yang memenuhi kawasan tepi pantai.
Kebersihan memang dijaga di sini demi keselesaan para pengunjung.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untul memasuki air terjun ini
Jambatan gantung di Air Terjun Taman Rimba
Dapat juga kami merasa kesejukan air terjun Taman Rimba ini. Sejurus itu, kami dibawa pula melawat ke empangan Teluk Bahang, yang terletak betul-betul bersebelahan port air terjun. Air empangan agak cetek memandangkan Malaysia negara pelantar sunda ini sedang dilanda fenomena El Nino.
Pemandangan enak empangan Teluk Bahang
Kalau hang nak melamar seseorang, lamarlah disini, biar air,gunung dan alam semulajadi jadi saksinya, lebih manis begitu.
Misi penaklukan Penang kami berterusan lagi di pantai peranginan Batu Feringgi. Di sana kami berjumpa semula dengan Abang Cicakman. Perwatakan beliau sangat mudah dikenali, tempat lepaknya betul-betul didepan pintu masuk pantai Feringgi. Abang cicakman membawa kami masuk ke area dan memberikan layanan kelas pertama, terasa macam VIP juga. Beliau menerangkan pakej-pakej sukan air yang disediakan. Selepas merunding harga sehabis murah, kami bersetuju untuk mencuba aktiviti Parasailing dan banana boat. Harga bagi parasailing adalah RM 70 satu kepala dengan jarak medium, kalau mengikut harga asal, RM 80 untuk jarak small, jadi kalau nak sedap, kena pandai rundinglah. Banana boat pula satu kepala RM 25.
Abang cicakman tekun mempersiapkan peralatan keselamatan untuk kami
Barisan pendekar bersedia untuk terbang
Instructor memberi arahan sebelum kami berlepas
Ritual saat-saat akhir sebelum kami diterbangkan
Dan akhirnya, keghairahan sepasang remaja ditunaikan
Sebelum berlepas, instructor akan mengajar cara mendarat dengan selamat, jadi eloklah dengar sebutir-sebutir dan fahamkan, ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.
Selesai Parasailing, kami melangsaikan tuntutan nafsu pada banana boat pula
Banana boat yang dipacu oleh kuasa kuda speed boat
Menggelumangkan diri dengan air masin Feringgi
Selesai rutin sukan lasak, kami berendam dengan air masin untuk menghabiskan masa petang di Feringgi. Dekat senja baru kami balik ke hotel penginapan dan membilas badan dengan air mutlak pula, berehat sebentar lalu bersiap untuk malam hari. Tumpuan sebenar di Feringgi adalah pada waktu malam, sepanjang jalan di pinggir pantai, ada night market Feringgi yang memang hot place di Penang ini. Wajib singgah kalau anda bermalam di Feringgi.
Tapi sebelum window shopping, kami pekena satu lagi menu tumpuan di utara tanah air ini, Mady Char Kuey Tiow.
Ini bukan Mady joki rempit tu, ini Mady cawangan utara, joki senduk
Mady Char Kuey Tiow terletak berhadapan dengan Feringgi night market
Dia punya udang boleh tahan besar, ini kalau hidup lagi mahu bergasak juga baru dapat makan
Perut pun sudah diisi penuh, kami teruskan penerokaan kami di Feringgi night market.
Sekadar window shopping nak cuci mata
Selesai menyedap di night market, dua orang gadis yang menemani perjalanan kami mengajak kami ke persiaran Gurney pula. Jarak perjalanan dalam 20 minit dari Feringgi.
Lokasi persiaran Gurney yang menghadap laut sekali lagi mencuri tumpuan kami. Duduk bersantai sambil diraba-raba bayu sedap, memang tenang rasanya, tapi dugaan juga situasi begini, waktu beginilah rindu datang menyerang dari berbagai sudut, letih juga nak menahan rindu, akhirnya dibiarkan saja kerana rindu itu ibarat kentut, walaupun Hulk Hogan yang tahan, kentut itu akan terlepas juga, bezanya cuma terlepas dalam bentuk bau, pepejal, atau cecair sajalah. Kami menuju pula ke gerai pasemboq yang masih lagi bernaung di dalam teritori persiaran Gurney. Pasemboq juga merupakan menu wajib cuba, bukan sunat, makruh apatah lagi.
Ni dia gerai Pasemboq yang famous bagai nak rak tu
Pasemboq kebanggaan orang Penang berjaya singgah di halkum kami
Dihiburkan dengan nyanyian sedap
Selesai adat istiadat di Penang, malam itu kami terus balik ke hotel dalam keadaan letih, keesokannya masih ada hari yang panjang lagi nak dilalui
Day 3
Pagi yang hebat di Feringgi. Cuaca semerdu lantunan vokal tinggi Kak Ella, burung bebas terbang tanpa ragu-ragu soal bacaan indeks udara, ombak masih meraba sisir pantai, tiada jemu rindunya ombak pada pasir-pasir halus itu, matahari pun tak berkira soal sinaran, semua orang dapat bayang-bayang sendiri, kami memulakan pagi dengan tosai kedai mamu Penang, bergemersik kuahnya, terasa sampai pulmonari arteri. Kami stay sampai tengahari di Penang sebelum pekena nasi Kandar dan maju ke lokasi seterusnya, USM Pulau Pinang.
Sedang tekun bergambar, bas pun sampai dengan pantasnya.
Dengan kadar tambang RM 2.70, kami kembali semula ke Komtar. Dari sana, kami mengambil bas yang menuju ke USM. Tujuan kami ke sana sekadar berjumpa kawan sekampung dan memenuhi aktiviti hari ke 3. Tambang ke USM dari Komtar RM 2.50, jarak perjalanan 20 minit. Sampai di USM kami dibawa melawat sekitar USM, menariknya, dari highest peak di USM ini, kami disajikan dengan pemandangan jelas jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Puncak tertinggi USM
Selesai di USM kami diangkut ke Queensbay mall yang terletak tak jauh dari USM. Lokasinya yang bersebelahan laut sekali lagi mencuri tumpuan kami.
Pemandangan menarik dari car park Queensbay.
Keenakan Penang tak terhenti disitu, kami dibawa merasa pula cendol paling terkenal di Penang, Teo Chew cendol. Gerai originalnya terletak di daerah Georgetown, kalau nak datang cuba hangpa kena mai beratur panjang dan makan sambil berdiri pasal tak cukup kerusi, dek kerana kekurangan masa, kami cuba disini, cawangan Queensbay. Bayangkan dari cendol tepi jalan, la ni mampu menyewa di dalam mall. Hasilnya memang memuaskan hati, cendol ini memang lain macam sedapnya.
Terlupa segala keresahan sebaik cecair enak ini meraba anak tekak.
Dah puas minum cendol kami pun berangkat pulang ke jeti Georgetown, juga menggunakan perkhidmatan rapid dengan kadar tambang, RM 2.50. Pengembaraan backpacking kami semakin menuju ke penutupnya. Di jeti, kami menaiki feri dan pulang semula ke tanah besar di seberang. Jam pun dah menghampiri senja, sesampai saja kami di jeti, ada feri yang hampir bertolak, bergegas juga kami mengejar semata nak mengelakkan menunggu trip yang lain.
Pelayaran ini membawa cinta yang sarat, sebagaimana kisah Van Der Wick
Kaki lima memayungi sepanjang perjalanan kami dari jeti ke terminal
Kaunter tiket terletak di aras 2 stesen Butterworth
Dalam berderet gerai disitu, Wan Zal ini lah yang paling menonjol gerainya, menang dari segi saiz papan iklan
Day 4
Seawal subuh kami bersiap, sempatlah bersarapan di kedai mamak di bawah hotel. Selesai makan, terus kami bergerak ke stesen KTM.
Awal pagi yang sibuk di teritori KTM Butterworth
Matahari pagi Butterworth mula menyelinap keluar dari celah-celah bangunan
Tepat jam 8.15 minit pagi, keretapi pun bergerak meninggalkan stesen Butterworth. Perjalanan dengan keretapi memakan masa yang lebih lama berbanding bas, tapi pada pendapat saya, dari segi keselesaan, keretapi lah menang. Menghampiri jam 7 malam baru kami touchdown di stesen klasik Kluang. Kembara empat hari di Penang merupakan antara best moment juga.
Kepada yang tak berpeluang untuk travel kerana kesibukan kerja, nasihat saya, larilah dari kesibukan itu, kerja tak akan pernah habis, cari masa untuk reward diri sendiri, mempunyai duit memang seronok, tapi lagi seronok menghabiskan duit kalau kena dengan caranya.




































































Comments
Post a Comment