Petang Ahad, layan retromania sinar FM, dan langit kelabu lagi, menyampaikan khabar, mungkin hujan, mungkin tak. Jangan peduli, peduli tanda ambil tahu, bila kau ambil tahu, kau mula berharap, dan bila kau berharap, kau akan kecewa. Nada kecewa ni yakin gua utarakan sebab gua adalah mangsa kekecewaan dari sebuah harapan. Jadi bukan pasal kecewa yang gua nak cerita, bukan juga pasal hari Ahad, sekadar mukadimah yang panjang sikit.
Gua duduk didapur, berlindung dari kesejukan luar sana. Hirup secangkir kopi panas, cuba menghangatkan organ-organ utama dalam badan yang sasa ni. Asap vapor berkepul-kepul memenuhi dapur berskala kecil. Setiap sedutan berselang seli dengan hirupan kopi.
"Tap..tap..tap"
Air hujan mula menghempas zink. "Ahh jatuh juga kau, menangislah kalau itu keperluan, nangis puas-puas". Gua mengomel sendirian. Tiba-tiba ada sepicis rindu yang menabrak. Gua ralit, rindu yang sebak tak sepatutnya datang. Ini mungkin memori silam kita bermandi hujan diatas motor, lalu singgah berteduh dikedai mamak, gua order kopi, dia order air apa entah, gua tak ingat. Hal itu tanpa gua pernah sangka membawa kesan sampingan berpanjangan.
Mental, jiwa, dan kelenjar mamari gua mula terusik. Rasanya seperti beban beras 10 guni. Kau pernah rasa? Tak payah jawab, percayalah, gua tak nak tahu. Macam 10 guni dan lebih. Kopi diatas meja mula gua abaikan, radio mula memutarkan lagu slam. Zamani gua rasakan sebagai memerli gua dengan liriknya, gua mula kecelaruan. Dada gua tepuk banyak kali, muka gua kejangkan, biar efek macho berkekalan.
"Tuhan saja yg tahu..perasaanku..berperang dengan suasanaaa.."
Ah! gua tak tertahan lagi, gua lari keluar rumah, berdiri bawah hujan, gua relakan air mata gua bekerja. Air hujan boleh melindungi keegoaan gua setakat ini. Ranjau yang berduri.
Comments
Post a Comment