Skip to main content

Dari Jiwa Seorang Blues

   Di ketenangan cuaca yang sejuk, gua tenang duduk di dapur, hirup kopi o panas. Lelaki blues dan kafein memang tak dapat dipisahkan, ia ibarat kaki dan cagu. Memang wajib bersama, tapi kalau engkau pernah tumbuh cagu dekat dahi, engkau abaikanlah perumpamaan gua tadi. Sambil hirup kopi, gua layan Facebook di telefon bijak gua. Media sekarang tengah sibuk angkat isu perhimpunan baju merah, mereka kata ini perhimpunan yg cuba membuktikan melayu bersatu.

   Hal-hal berbaur politik malas gua nak campur sebenarnya, tapi memandangkan gua bakal jadi pengundi bertauliah, sikit-sikit kenalah ambil kisah. Gua sedar, betapa kroniknya Malaysia sekarang, walaupun Malaysia kaya dengan kepelbagaian bio, itu samalah macam engkau sekadar kaya budi bahasa, tapi poket kau bersawang. Hmm engkau faham tak? Ha eloklah kalau tak faham, kang yg betul-betul poket bersawang tu kecik hati pula dengan statement liar gua ni.

  Seperti hati Rossa yg tersakiti, gua pun sama macam Rossa, pedih hati gua melihat harga kopi naik. Kalau minum kopi dekat kedai pun dah seringgit setengah. Mahal tu satu hal, tak kick tu lagi satu hal, dah jadi dua hal, lu apa hal?! Tengking gua pada baiya kedai mamak ni.
"Dey kalu nak sidap, itu kopi sendiri bikin lah bang"
Uish, mamak ni dah berani melawan sekarang, dah lama bermukim di Malaysia, baiya ni nampaknya dah ada keyakinan diri yg tinggi, sampai dah berani lawan cakap penduduk asal Malaysia. Gua rasa tercabar, sejak itu gua dah tak pakai WiFi kedai dia lagi, biar padan muka dia, bukak WiFi tapi gua tak nak connect. Rasakan pembalasan secara halus!

  Lama-lama gua dah mula hadam, baiya-baiya ini datang bukan nak meragut makcik dipasar, mereka datang cari rezeki. Kita punya rezeki kita makan, dia punya rezeki dia makan, apa salah kita makan sama-sama. Jadi siapa yg meragut makcik dipasar? Kenapa makcik pergi pasar? Kenapa makcik tak tengok AF? Adakah makcik tak menyokong bangsa makcik di pertandingan AF? Lu apahal makcik?

  Jadi bukan pasal makcik tu yg gua nak kupas, bukan juga pasal peragut. Gua nak kupas tentang hal ehwal semasa di Malaysia. Kalaulah kepimpinan hari ini tak korup, rasanya rakyat hidup aman dan damai. Gua teringat kata seorang lelaki cina tentang perhimpunan Baju kuning tempoh hari. Dia kata "kita bukan mahu jadi ketua, kita mahu tukar itu prime minister, siapa pun jadi kita tak kisah punya, kita cuma mahu hidup senang. Ini prime minister, sana sini cukai, macam mana mahu hidup senang?"

  Mungkin ada betul juga, pada pemerhatian gua, kita punya raja melayu, pemimpin majoriti melayu, Ahmad maslan melayu, ketua kampung melayu, Dollah Salleh melayu, juara akademi fantasia melayu, jadi lu apahal? Baju merah kata melayu ditindas, sebab tu perhimpunan dibuat, siap halau cina balik China. Melayu sendiri tindas sesama melayu. Gua bukanlah memihak pada mana-mana bangsa, kita tak boleh hukum sikap seseorang pada bangsanya. Tak boleh. Melayu, India, Cina masing-masing ada yg jahat, tapi jangan hukum bangsa mereka. Marilah kembali hidup berhuhu sesama bangsa. Demi menurunkan kembali harga kopi, turunkanlah Dato Seri Najib. Beliau jelas gagal dengan kepujian, takda penghargaan dan konvokesyen boleh dibuat dengan kepujian jenis ni. Berjuanglah untuk keadilan harga kopi o!

Gua masih tenang menghirup kopi o, dari tadi tak habis-habiskan? Ha nampak gua berjimat cermat dalam setiap hirupan. Disebabkan kafein dan nikotin harus bersatu, gua relax bercanyon on. Fuhh syahdu..

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...