Skip to main content

Hai Nurul Shalala

  Jam pukul 10 malam, gua meluncur laju menunggang Yamaha fevret gadis-gadis belasan tahun bangsa wechat. Y125z, walau cc termaktub dalam kategori kapcai, mereka tak kisah, mereka berpegang teguh pada ayat 'kita rider tiada beza'. Gua menunggang dalam kelajuan sekitar 160km/jam, sambil kepala tunduk potong angin. Gua dah terlewat nak ke apartment Nurul Shalala, gadis moden, berambut pendek paras bahu, dan sebaya. Nurul Shalala whatsapp siang tadi ajak late dinner di apartmentnya. Bulu roma gua tegak berdiri, sejuk lain macam. Telefon dalam poket kanan dari tadi bergegar, ada panggilan masuk, mungkin dari Nurul Shalala. Gua abaikan saja, fokus yg tinggi diperlukan pada kelajuan tinggi. Kalau hilang fokus, kelajuan seperti ini mungkin membawa gua kepada sepersalinan putih esok pagi.

  Tepat jam 10.15 gua sampai di perkarangan apartment Nurul Shalala. Selepas siap parking di basement, gua pantas berlari ke arah lif. Laju lif naik sampai ke tingkat 13, melilau mata gua mencari pintu bernombor 10-94. Usai ketemu, lembut suara gua memberi salam. Nurul Shalala membuka pintu, "amboi, romantisnya suara abang." Terpacul sesusuk tubuh ramping mengenakan T-shirt putih, dibahunya tergantung tuala. Mungkin baru lepas mandi, rambut Nurul Shalala pun masih basah. "Maaflah abang lambat, abang tolong orang buta melintas tadi."

"Baiknya abang, takpalah, Nurul pun baru siap ni, jemputlah masuk"

Balas Nurul Shalala sambil membuka mangga pada gerigi besi.

"Nurul sorang je ke? Mana housemate Nurul?"

"Ida keluar lah bang, dia pergi jogging"
Balas Nurul Shalala pendek.
Ida merupakan housemate Nurul Shalala, tapi statement Nurul Shalala cakap Ida jogging lewat malam macam tak boleh diterima akal. "Jemputlah makan jom"
Ajak Nurul Shalala sambil memegang tangan gua. "Ah mulusnya kulit Nurul Shalala, meremang bulu roma abang".
"Aish, mengada lah abang ni, panggil nama penuh pulak"
Gua yg kelaparan terus menuju kearah meja makan.
Ketika makan, kami saling bermain mata, hati gua bergemuruh, contact lens biru Nurul Shalala mengingatkan gua pada Taylor Swift, cuma Nurul Shalala rambutnya tak blonde.
Selesai makan lewat malam, Nurul Shalala ajak gua tengok movie.
"Movie apa yg Nurul Shalala nak tengok ni?"
"Cerita koboi lah bang"
Manja Nurul Shalala balas sambil matanya dikenyitkan.
Gua telan air liur dalam-dalam. Gua dah terasa macam pelakon public agent.
Kami duduk di sofa, Nurul Shalala sandarkan kepalanya pada bahu gua, tangannya pula sibuk bermain iPhone 6. Tinggalkan gua sorang-sorang fokus pada cerita koboi. Nurul Shalala sibuk buat sight, nak ceritakan pada rakan-rakan sosialnya betapa romantisnya kami berdua waktu itu. Selesai sight, kami wefie pula. Nurul Shalala semakin rapat dengan gua. Gua cuma risau episod Cikgu Suraya berulang. Mata gua semakin rapat, gua dah mula terbayang katil king size. Seronoknya kalau dapat baring. Gua dah mula berniat tak baik.
Kalaulah Nurul Shalala tahu niat gua, pasti kerja jadi lebih mudah. Huhu.. "Bodoh betul lah ultras Malaya ni, menyusahkan orang"
Bentak Nurul Shalala tiba-tiba sambil main IPhone 6 beliau.

"Apa kau cakap? Ulang balik"

"Huh? Ni, Nurul cakap Ultras Malaya ni bodoh, bakar mercun dekat stadium, bodoh kan?"

"Bodoh embah kau!"

Gua siku muka Nurul Shalala, terbaring Nurul Shalala atas sofa. Pantas gua bangun, gua pijak-pijak mukanya pula. Gua capai garpu, gua cucuk pada matanya. Gua berlari ke dapur, capai lesung batu, gua ketuk garpu tu semakin dalam. Gua tak puas lagi, gua tarik Shalala bangun, gua hayun Nurul Shalala ke arah TV. Ahhh baru puas!

Gua berlalu pergi meninggalkan Nurul Shalala tercungap-cungap mencari nafas. Nurul Shalala tak tau agaknya gua ni berhaluan kiri, berani-berani dia kutuk ultras depan gua. "Ha sekarang kau rasa! Lepas ni beringat-ingat sikit!"
Sound gua keras sebelum menendang pintu rumah Nurul Shalala.

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...