Skip to main content

Semalam di Manchester (2)

 "Trutt..trutt.."
Huh, ada pesanan Whatsapp masuk.

"Bro, ada mana?"

Mesej ringkas dari Wan, member sebaya dan sekampung gua.

"Gua kat Manchester ni"

"Buat apa kat sana bro? Baru nak ajak lepak"

"Eh tak dapatlah Wan, opah gua ni minta tolong picitkan kaki dia, esok lusa gua baliklah"

Perbualan alam maya gua berakhir disitu, sudah bluetick, tapi tak berbalas.

Sementara itu, Era mula menangis teresak-esak, hingusnya mula mencair, saja dihembus tarik kuat-kuat bagi menambah gimik kesedihannya. Sebagai lelaki yang memiliki budi pekerti dan empati yang tinggi, gua mudah tewas dalam pertarungan yang berbaur emosi sebegini.

"Sudahlah Era, u jangan nangis lagi, i maafkan u"
Gua memulakan kembali perbualan kami, sambil berjalan ke arah Era. Era terus menangis, sampai sahaja gua didepannya, Era langsung memeluk erat tubuh sasa gua. Tangisan tadi bertukar senyuman, gua pun tersenyum sama, sebuah pelukan jarang gagal dalam memberikan kebahagiaan, lagi-lagi pelukan itu datang dari Era.

"Hmm wanginya rambut u, bau kelapa dan orkid"
Tegur gua dalam nada romantis. Mahu saja gua kemam rambut Era, tapi memikirkan perbuatan tersebut boleh mendorong kepada episod 9 bulan, gua lupakan niat tersebut.

"Terima kasih u maafkan i, i janji tak akan buat lagi"
Balas Era sebaik melepaskan pelukan eratnya, sambil tangan kanannya diangkat seperti sedang berikrar.

"Hmm u, sejuk kan dekat Manchester ni? I tak tahan"
Sambung Era lagi.

Gulp!
"Haah, memang sejuk, sini negara 4 musim u, memang sejuk. I rasa u tengah mengalami simptom phanatolophobhia lah, sebab tu u tak tahan"
Balas gua dalam bahasa ilmiah, lalu gua sarungkan jaket gua kepada tubuh Era yang menggigil kesejukan.

Era tersipu-sipu malu sebaik merasakan romantis gua melalui sarungan jaket tadi
Muka Era juga sedikit kagum mendengarkan simptom yang dialaminya. Itu kalau Era suruh gua ulang, mustahil sebutannya sama, sebab simptom tersebut adalah rekaan gua semata-mata untuk kagumkan beliau.

Kami mula berjalan-jalan disekitar bandar Manchester, menyelusuri deretan kedai-kedai dan gelandangan di kaki lima. Poster pemain The Citizen dan Manchester United memenuhi segenap ruang di papan-papan iklan, dan skrin LED yang terdapat di bandar Manchester. Dua kelab besar yang berkongsi nama Manchester. Cuma kelab The Citizen tidak segah reputasi yang dimiliki Manchester United, kelab yang penuh dengan sejarah kejayaan, The Citizen sekadar kelab kecil, tapi ditransformasikan dengan duit saudagar minyak dari tanah Arab.

"U, i nak tanya sikit boleh?"
Soal Era tiba-tiba.

"Tanyalah, i tak kisah"

"U kalau nak cari calon isteri, u nak calon yang macam mana?"
Soalan Era berbau nasi minyak.

"Hmm i tak kisah sangat, yang penting calon isteri i tu perempuan"

Era menoleh kearah gua, rambutnya yang panjang menggelibas menyapu bahunya, lantas menampakkan telinganya merah kerana kesejukan.

"U janganlah main-main"
Marah Era sambil mencubit manja trisep gua.

"He he.. Oke, kalau boleh, i nak cari yang set-set p41, kalau n17 pun oke, tak kisah"

"Huh?"
Mata coklat Era yang bujar bertambah bujar selepas dibujarkan.

Bersambung..



Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...