Skip to main content

Selangor Jinakkan Ikan Patin

Selepas tenang mendahului satu kosong di separuh masa pertama, Selangor tidak bermain secara neutral lagi, mereka menjadi ultra defensive, sekadar berkampung di kawasan sendiri untuk mengekang asakan Tok Gajah. Kepercayaan Selangor pada satu gol ibarat perjudian di mesin judi, mereka melabur 10 ringgit dan berharap dapat cuci 10 ribu ringgit. Dengan aksi bertahan, Selangor dilihat lebih fokus mengawal duo striker Tok Gajah, Matias Conti dan pasangan, Dickson Nwakaeme. Tapi melihatkan Norazlan tangkas macam dinding di pintu gol, semangat pemain Pahang untuk terus menyerang mula luntur, segala cubaan on target mudah-mudah saja Norazlan save. Rembatan paling deras dari Dickson pun selamba Norazlan tepis pakai tangan kiri, sambil tangan kanan Norazlan buat isyarat good dengan ibu jarinya digosok pada hujung hidung ala-ala Bruce Lee. Bukan biasa-biasa Norazlan pada game kali ini, rembatan Dickson kalau dibiarkan bebas tanpa ada sebarang halangan, bola itu boleh bergerak selaju komet, dan akhirnya membakar getah pada bola.

Masuk separuh masa kedua, Selangor dengan nafas baru kembali menyerang macam biasa. Sementara Pahang yang memerlukan gol penyamaan bermula sumbang, pemainnya macam takut-takut seolah-olah mereka sedang bermain bola di tepi kubur. Momen itu benar-benar dimanfaatkan Selangor dengan menambah satu lagi jaringan hasil placing menarik daripada Nazmi. Saat-saat gugup penyokong Selangor bertukar menjadi sorak ria selepas jaringan itu, manakala, semangat pemain Pahang dan seluruh rakyatnya terus terkubur sedalam 7 kaki. Tiada lagi gegak gempita orang-orang Kuantan, Endau, mahupun Temerloh. Ikan-ikan patin di sungai Pahang pun tidak mahu makan umpan pemancing dan seterusnya naik ke darat, maka, esok makanlah orang Pahang yakni ikan masin dengan telur sebagai menu lunch. Tiada lagi selfie dengan pinggan yg beralaskan ikan patin masak lemak cili api.

Poin utama Pahang selepas tewas pastilah tentang kelesuan Dickson diatas padang. Tak pastilah gadis melayu mana yang dah tolak cinta Dickson ini, lesunya lain macam, macam overdose kuih tart pun ada. Dickson hilang taring tatkala peminat mengharapkan beliau untuk memimpin barisan Pahang melakukan hatrik final Piala Malaysia. Atau mungkin Dickson terkena sumpahan angker masa melalui Karak, kalau ya, cepat-cepatlah berubat, takut nanti kena rasuk, melompat pula Dickson ke dalam sungai Temerloh lalu mengokak tengkuk ikan patin yang mahal itu, hati-hati, ini bumi nusantara, memang keras sikit. Conti pun satu hal, defend Selangor yg marking dia ni kalau ikutkan boleh saja duduk dibarisan penyokong dan makan kuaci stadium, tapi nampak sangat menganjingnya nanti. Jangan menganjing sangat, Pahang kalau menganjing balik, koyak rabaklah mental Selangor. Jangan sampai Pahang masukkan Zaiza bagi dia main, memang level-level hokage nganjingnya. Jadi Conti season depan bolehlah screen test dekat Skop Production, cuba nasib jadi aktor, rupa dah ada tu, bakat tu je nak kena gilap sikit. Kalau ada Polis Evo 2 nanti, bagilah watak polis Interpol dekat Matias Conti, nanti barulah Matias Conti boleh disayangi oleh peminat seantero Malaysia termasuk peminat dari selatan tanah air. Power!

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...