Skip to main content

Ku pinang kau minyak belacak

   "Atas restu Allah, Ku ingin milikimu..." Entah apa tajuk lagu Rossa dengan Pasha ni, tiba-tiba je berhantu ditelinga kiri dan kanan aku sebaik mendengarnya di radio tadi. Kalau dah berhantu tu maknanya sedaplah, hantu yg tak sedap cuma gangguan hantu, yg lain-lain semua sedap. Contoh, tengok wayang cerita hantu dengan makwe, kan sedap tu. Jadi, selepas dengar lagu tu tadi, lagu lain lah pulak main dekat radio, lagu-lagu lain tu tak berapa menangkap sangat, sebab lagunya pun pasal tepi sikit, tumpang lalu dan bermacam-macam lalu lagi. Kita nak mencari mutu tau, kalau nak tumpang lalu, rasanya... hmm tak boleh rasalah.
Inilah padahnya kalau terlalu bergantung pada bibir pink dan muka guava. Pasha muka Guava jugak, tapi padu-padu lagu dan senikatanya. Cuba tengok orang-orang lama, muka keras, parut atas bawah, senang cerita muka berunsurkan hutan dan alam semulajadi, tapi yg mereka usung atas pentas bukan rupa, tapi bakat. Bakat bro! Aku sampai sekarang tak boleh move on dengan style otai Man Kidal. Bibirnya yg hitam dan merekah steady katup puntung rokok. Rokok pula berasap-asap naik kemata. Abang Man Kidal terpaksa tutup mata nak tahan pedih, tapi tangan steady goreng tali temali gitar. Ini bakat.. Berkarya bukan sebab duit semata-mata, sebab jiwa. Bakat ni banyak cabang. Cabang-cabang tu kita kena teroka, teroka bakat kita. Kalau kau tak biasa dengan bahasa Najib ni, aku bagi bahasa Shawn Michael, 'Explore'. Ha explore tu lebih kurang teroka lah kalau mengikut bacaan aku dalam kamus.


Selain bakat dalam seni, meniaga pun dikira bakat juga. Ada aku jumpa seorang kawan, nama panggilan Abang Man, dia ni antara baka-baka yg berbakat dalam sektor perniagaan. Abang Man ni bagus, dia pandai cari peluang, kalau dia tak jumpa peluang, dia buat satu peluang untuk dia sendiri. Banyak ilmu meniaga Abang Man ni, tak lokek ilmu. Apa yg dia tahu dia kongsi dengan orang. Abang Man memang berpegang teguh pada kata-kata bro Singh dalam filem P.Ramlee tu. Ayatnya berbunyi lebih kurang macam ni lah, "Awak punya rezeki awak makan, dia punya rezeki dia makan, ada rezeki kita makan sama-sama". Bagus Abang Man ni, sentiasa ada strategi dalam perniagaan. Hal yg paling penting kalau nak meniaga kata Abang Man, kita kena tahu dan faham kehendak pasaran. Contohnya, cuba kau meniaga minyak belacak dekat afrika, memang tak lakulah, sebab tu minyak belacak ada kat Malaysia je. Memang bernas otak Abang Man, sampai kesitu pemikiran yg berbaur perniagaannya.

Sementara Isnin entah berapa haribulan harini, ada jerebu yg menyerang kembali. Pandangan aku kelangit jadi kabur, selalu aku boleh nampak lapisan ozon dan bima sakti dari bawah sini, hari ni tak nampak pulak. Selamat menikmati hari Isnin hari yg dibenci kebanyakan penjawat awam dan swasta tapi tetap disenangi oleh Abang Man, penjual minyak belacak cap Satria Baja Hitam sepenuh masa.

Ku pinang kau dengan bismillah!

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...