Skip to main content

Malaysia Dan Liverpool di tawan Jerebu

  Untuk minggu kedua bulan Oktober, jerebu masih bebas meliputi ruang udara bumi Malaysia dengan banyaknya. Jerebu ni boleh dianggap sebagai bencana alam tahunan, setiap tahun, pasti ada perutusan berbentuk asap yg dikirim dari negara jiran, negara kelahiran Andik Vermansyah, pemain pasukan Selangor dan Suryanto Hertono, penebas pelepah sawit ladang Ayer Hitam. Dalam kegawatan ekonomi hari ini, kiriman yg sebegini rupa sangatlah tidak sesuai untuk dihadapi rakyat jelata, boleh memudaratkan kesihatan yg sihat pun ala kadar sahaja. Kirimlah panda ke, beras ke, nampaklah sikit hasilnya. Ini tidak, dikirimnya asap beracun yg jelas menyebabkan tahi hidung menjadi lebih tebal daripada biasa. Kalau keluar dengan kekasih pun, hidung cepat kebas, sebab ada objek yg bersaiz besar didalamnya, ini kita tidak mahu.
   Sementara itu, Bang Din tahu, ramai penyokong Liverpool hari ini bersuka ria, ini ekoran berita pemecatan Brendan Rodgers. Sebagai pemerhati sukan bola sepak, Bang Din ada pendapat tersendiri tentang kenapa Liverpool berprestasi buruk awal musim ni.
Awal-awal lagi Bang Din dah dapat hidu dan ramal prestasi Liverpool ni. Sebagai pasukan yg ada reputasi, mengapa mereka harus memilih bermain dengan team Dollah Salleh dan FAM pada pra musim. Apa mat saleh ni tak tahu ke, bolasepak di Malaysia adalah satu rancangan komedi. Jadi, Bang Din tanpa ragu-ragu percaya yg Liverpool dah terkena sumpahan lucu dari FAM, sebab itulah mat saleh yg berintelijen disana acap kali ketawakan Liverpool dan penyokongnya. Sementara FAM pun semakin kelakar tatkala Malaysia semakin menghampiri ranking 200 dunia dengan cemerlangnya.
Kalau dah dapat nombor 200 nanti, FAM jemputlah Liverpool ni makan-makan sikit, ada teh o, kuih dua jenis, dengan bihun goreng sekali.
Jadi, pada hemat Bang Din, kesuraman Liverpool bukanlah salah Brendan Rodgers semata-mata. Ibaratnya kau makan ayam goreng yg busuk. Kau tak boleh salahkan ayam tu sahaja, kau kena teliti juga, minyak apa yg diguna, siapa yg goreng, kuali itu jenama apa, tong gas tu siapa yg bekalkan, petronas ke, shell ke, kalau petronas, siapa yg masukkan gas dalam tong tu, amran ke, Namron ke, ha..nampak tak? Kita tak boleh salahkan ayam, walaupun ayam tu yg bermasalah, mungkin salah Amran yg tersalah masukkan gas nitrogen dalam tong tu. Lalu molekul nitrogen yg kejam menghasilkan api yg berwarna hijau dan mengusik stigna-stigma yg terdapat dalam daging ayam, stigma ini menjadi tidak teguh, lalu kalenjar mamarinya tidak dapat menahan ayam dari menjadi busuk sebaik digoreng dengan api yg berbaur nitrogen. Mungkin..kita tak tahu. Jadi, pemecatan Rodgers, bukanlah sesuatu yg tak bagus, beliau bukanlah teruk sangat. Kalau tidak sebab Gerrard tergelincir, pasti trofi teragung Inggeris, yakni BPL menjadi milik Liverpool. Sekurangnya, Rodgers ada sesuatu yg boleh dikenang sepanjang 3 musim di Liverpool, beliau berjaya menggeletek penyokong-penyokong Man United, Chelsea, Arsenal dan Man City khususnya dengan kelucuan yg maha lucu. Tapi apa-apa pun, juara maharaja lawak tetap FAM, juara bertahan. Rakyat Malaysia pula jenis mudah terhibur. Memang dah tak layan akademi fantasia ke, Maharajalawak mega ke, iklan nampak lawa nampak lawa tu ke, nak kan hiburan, buka astro arena, tengok FAM je dah terhibur.
   Akhir kalam, ini sekadar tekaan Bang Din aje, mungkin betul mungkin tidak. Bang Din bukan tuhan, ada kuasa menghidupkan yg mati. Kalau lesen dengan roadtax mati, adalah kuasa nak hidupkan, itupun kalau diizin Tuhan. Jadi, selamat maju jaya Malaysia dalam menangani jerebu dan konflik bola sepaknya, salam sayang dan inai dijari dari Bang Din.
Malaysia, masih ada yang sayang.


Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...