Skip to main content

Dinihari bumi Malaysia tercinta

"Menyapa dinihari, keterlihatan padanya ketenangan, legasi yang terutus hari-hari, itu nikmat. Masih mampu pula menembusi belantara konkrit, pusat manusia membudayakan keringat tanpa beringat. Mereka belajar terlampau tinggi untuk menjadi robot. Aku pasti itu bukan keperluan kalau kepimpinan tidak korup. Entah pemimpin entah lembaga"

Din Vladimir

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...