Sedingin Kota Samprodia, daerah calcio terulung. Kota terancang, sistem perparitan seunggul tamadun Mesopotamia, sejarahnya setaraf taman tergantung Babylon. Struktur daerah dihias gunung peranginan, bukit bukau, disamping kemegahan kelab bola sepaknya di serie A, meski kelabnya bukan pencabar kejuaraan seperti pasukan Old Lady, penyokongnya ada sebab untuk berbangga, pasukan mereka dapat bersaing untuk liga tertinggi dalam kasta bola sepak Itali.
Advantura Manaf ke kota ini bukan satu kesilapan, beliau menikmati suasana yang jauh berbeza berbanding Malaysia, bumi sambal belacan. Prospek untuk mendapatkan sambal belacan disini sangat kecil, tapi itu bukan masalah besar, manifesto travel Manaf dah termaktub yang beliau harus pantas menyesuaikan diri walau dimana pun keberadaan beliau, jadi masalah sambal belacan tak boleh menjadi faktor terbesar untuk beliau mengetepikan impian travelnya.
Sepertua hidupnya, gerakan renaisan sebegini yang dah lama diimpikannya, bermukim ditempat orang, mengasimilasi budaya dan mengumpul kekayaan pengetahuan. Pengembaraan Manaf juga sebenarnya bukanlah berteraskan minat semata-mata, dalam erti kata lain, Manaf pergi kerana membawa diri dek kecewa ramuan cintanya tak menjadi. Adunan yang bertahun-tahun diteliti penuh rapi musnah, lebih memeritkan, Manaf masih tidak ketahuan sebab musabab dia ditinggalkan. Jadi, Manaf mula mengembara dengan berbekalkan klimaks duka.
"Dihurung rindu satu hala lebih berbisa daripada cirit-birit ditempat kerja"
Bagi Manaf, biarlah dia kembali menjadi kain kosong di kilang kain yang lain pula, kilang lama mahu dibakar, tapi memikirkan sayangnya belum habis, Manaf melupakan niatnya. Kota Samprodia sepatutnya memberikan Manaf nafas baru, selama tempoh penderitaan duka laranya, nafas Manaf hanya untuk tak mati.
"Hidup bagiku bukan mencoret puisi semata, segala rasa tajam mendesak kiri kanan, buat yang mengerti sahaja"
Sebagaimana manusia normal, Manaf tidak terlepas dari punya rasa rindu, minit ganti jam, siang ganti malam, isnin ganti selasa, puasa ganti raya, Manaf perindu tegar, bukan Manaf ketagih rindu, tapi rindu ketagih Manaf. Satu hal yang dia belajar dari rindu ini cumalah, rindu itu tak boleh tahan, biarkan dia lepas. Rindu itu ibarat tahi, ia akan tetap keluar walaupun Hulk Hogan yang tahan.
Di Samprodia, Manaf cuba mencari damai yang hilang, gingerbread. Sesuatu yang tak ditawarkan dimana-mana institut Politeknik atau Universiti di Malaysia. Sebagai asylum di negara orang putih, Manaf cuba belajar sesuatu, yang tiada kepastian apa topiknya. Hierarki pengajiannya tidak setinggi mana, cuma ada sijil kemahiran, itu pun dah hilang entah ke mana, balik ke Malaysia kena pergi Putrajaya minta satu lagi salinan. Bagi penganut bangsa Melayu ini, itu bukan tanda aras sebenar, sekadar gelaran yang kau boleh beli dengan tiru assignment member, tapi tanda aras yang sebenar masih Manaf cari, Manaf tak tahu apa dia, tapi tetap Manaf cari. Hidupnya dah banyak terlanjur dengan kecewa dan Kota Samprodia tak sepatutnya mengecewakan Manaf lagi. Apa yang kau cari..
Din Vladimir

Comments
Post a Comment