Baru semalam Harimau Malaya mengharungi aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia zon Asia. Entah dimana silapnya seekor harimau boleh kehilangan kuku dan taring, malah dicabul tanpa dibalas, seolah-olah merelakan diri, biasa yang rela ni Maria Ozawa je. Harimau sepatutnya berpewatakan bengis dan tangkas membaham, tapi semalam yang bengis cuma style rambut keruk tepi tapak satu para pemain Harimau sahaja, bukan pada aksinya. Sebenarnya ramai peminat dah menjangka Harimau Malaya akan kalah perlawanan tersebut, tapi tak semua menjangka Harimau akan tumpas dengan 6-0, margin jaringan yang besar bagi perlawanan bola sepak, kalau perlawanan tenis, jumlah 6-0 itu baru set pertama, tapi sayangnya, semalam bukanlah perlawanan tenis.
Bagi pihak penyokong Harimau Malaya, kelesuan bola sepak di Malaysia dah berlarutan terlalu lama. Baru beberapa tahun lepas, Thailand masih mampu kita jinakkan, tapi tengoklah Thailand hari ini, dah mampu bersaing dalam kasta tertinggi bola sepak Asia bersama-sama dengan pasukan gergasi, sementara Malaysia sekadar bermain untuk melengkapkan jadual dan berkira-kira untuk tidak bolos lebih daripada enam gol. Kita bukan seperti Timor Leste dan Bhutan, di negara mereka tak ada liga professional, jadi tak hairan mereka sangat noob, masalahnya kenapa Malaysia ikut noob sama, kenapa?! Apa guna Pahang dan JDT bergaduh selama ini kalau pemain mereka masih tak handal berseteru di atas padang? Tanya FAM.
Peminat cukup tahu betapa korupnya FAM, sebuah badan yang menaungi skuad Harimau Malaya. Selepas berpuluh tahun dan skuad Harimau masih konsisten dengan kekalahan, waima pemain dan jurulatih dah bersilih ganti, jelaslah, bukan salah pemain mahupun jurulatih lagi, tapi FAM. FAM bertanggungjawab mendidik Harimau Malaya menjadi seekor Harimau Sarkis, sekadar melompat di gelungan api dan diberi habuan seekor ayam mentah gred A. Kepimpinan FAM bukanlah kepimpinan terpimpin macam Ali Baba, presidennya tak boleh dikritik, tindakan mereka tak boleh ditegur, wibawa mereka juga tak boleh dipersoal. Selepas kegagalan Harimau Malaya dah masuk ke episod baru, presiden dan bala tenteranya di FAM harus mengambil langkah untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Tengku Abdullah tak perlu fikir banyak, cukuplah sekadar letak jawatan, berilah kami rakyat Malaysia sebuah kegembiraan selepas misi ke Piala Dunia gagal buat entah keberapa puluh kali dah. Sedarlah FAM, rendahkan egois mu, bola sepak ini bukan kamu yang punya, bola sepak ini rakyat yang punya!
HA! HA! HA! HA!

Comments
Post a Comment