Skip to main content

Rooney Lawan 200 Ekor Jin



Selepas Rooney menampar pipi Benteke semalam, Benteke mula jadi pendiam. Tak banyak bercakap macam selalu. Benteke gemar menghabiskan masa bersendirian walaupun Benteke ada awek yang persis Leona Lewis.
 
Pada waktu malam, jiran-jiran Benteke selalu mengadu dengar Benteke meracau macam orang kena santau. Sampai satu malam jirannya yang paling hampir mula tidak tahan. Mungkin sebab waktu tidurnya terganggu kerana Benteke kerap meracau time orang tengah tidur. Anehnya, time siang sihat je Benteke ni, siap boleh main skateboard dekat laman rumah.
 
Jirannya bertindak mengadu kepada SRS di sebuah kawasan perumahan mewah di Barat Daya Liverpool. Rupa-rupanya SRS ni bukan setakat ada dekat Malaysia je, dekat England pun ada. Selepas beberapa ketika dan waktu, anggota SRS yang datang tidak dapat berbuat apa-apa. Racauan Benteke seperti dirasuk ablasa. Lalu mereka sebulat suara memanggil pengamal perubatan tradisional di England. Selepas meneliti anak mata Benteke, pawang tersebut mula give up, dia pun tak mampu berbuat apa-apa, tapi pawang tadi mengesahkan memang ada jin yang masuk kedalam badan Benteke. Tambahnya lagi, berdasarkan pengalamannya dalam bidang perpawangan ini, bukan seekor dua yang hinggap, tapi beratus-ratus!
Mendengarkan explanation pawang tersebut, anggota SRS dan jiran-jiran Benteke memberikan reaksi yang sangat terkejut. Dalam suasana keterkejutan, pawang tadi bersuara dengan tak semena-menanya.
   
"What is the punca until this black guy terpekik-terlolong?"
 
Semua diam. Tak siapa yang tahu.
Tiba-tiba bunyi seorang lelaki tua bersuara.
 
"The punca is from Rooney!"
 
Semua mata menoleh kebelakang dari arah suara itu muncul.
Aneh! Takda siapa di belakang!
   
BAMMM!!!
 
Bunyi pintu dihempas dengan kuat. Tak ada sesiapa pun di pintu itu. Kesemua hadirin mengundur ketakutan. Masing-masing dah goyang lutut. Tapi, pawang tadi tetap steady.  
 
TAPPP!!!
 
Ah! lampu semua terpadam. Suasana semakin kelam kabut di kediaman Benteke. Ada macam-macam bunyi didalam kegelapan itu. Suara menangis pun ada. Bau pesing juga kuat sekali. Ini benar-benar babak seram. Tapi pawang tadi terus steady. Beliau bangun dan berjalan pergi kearah suis.
   
PAP!
 
Bunyi suis di on. Lampu tak hidup. Keadaan lebih kabut bila ada angin kuat yang menyapa tengkuk masing-masing. Memacak tinggilah bulu roma, termasuklah bulu roma pawang tadi. Tak cukup dengan gangguan angin, kali ini ada gangguan bunyi pula. Datangnya dari atas. Semua tertunduk ketakutan. Entah apa jenis jembalang yang bakal mereka nampak kalau mereka mendongak. Bunyi meraung ketakutan semakin kuat. Bau pesing semakin pekat, mungkin dah lebih dari seorang yang terkencing. Demi menjaga reputasinya sebagai pawang, pawang tadi mengeluarkan telefon bijaknya dan suluh ke atas.
 
"Ohh, I wrong on suis, I on fan suis, not lamp suis"
 
"Ohhhhhhhhhhh..."
 
Ramai-ramai menyahut selepas menyedari itu bukan jembalang. Yang jembalangnya pawang tadi, dia tersilap on suis.
 
PAP!
 
Lampu hidup kembali. Seusai itu pawang tadi sambung bersuara.
 
"We must settle this thing at tonight juga! Anyone who have Rooney's number, whatsapp him to come here right now!"
 
Penuh semangat pawang itu berteriak. Mentang-mentanglah dia paling berani.
Semua yang mendengar tanpa berlengah, terus mencari nombor Rooney. Selepas berjaya dapatkan nombor, mereka whatsapp suruh Rooney datang rumah Benteke malam itu jugak. Rooney yang tengah sedap layan movie Mat Moto dirumah tersengih membaca whatsapp itu. Rooney terus bersiap-siap dan bergegas ke rumah Benteke.
 
Sesampainya dirumah Benteke, Rooney terus menerpa ke arah Benteke. Ditenungnya atas bawah.
 
"Bring me semangkuk air and lemon nipis"
 
Salah seorang pergi ke dapur dan membawa barang yang diminta Rooney.
Limau nipis tadi Rooney kemam kedalam sebelum diperah kedalam mangkuk yg berisi air. Tapak tangan kanan Rooney terus memegang bahagian atas kepala Benteke. Mulut Rooney terkumat kamit membaca sesuatu. Semua orang sekadar menerhati dengan tekun. Selesai membaca, Rooney ambil mangkuk air tadi, dicelup sikit dan disapu ke muka Benteke. Selebihnya Rooney mengarahkan Benteke minum. Sedang sedap Benteke minum, Rooney terus menampar pipi Benteke dengan kuat.
 
"PANGG!!!
 
Tersembur keluar air yang diminum Benteke.
   
"Weak spirit ni"
 
Rooney tiba-tiba bersuara. Hadirin sekadar mengangguk tanda faham.
Selepas ditampar, Benteke tidak lagi meracau. Benteke kelihatan lemah.
 
"What happen to me?"
 
Lemah suara Benteke bertanya. Rooney mengarahkan orang ramai mengangkat Benteke ke sofa dan biarkan dia berehat.
Kata Rooney lagi, semasa dia menampar Benteke tadi, dia sempat kira ada 200 ekor jin yang keluar dari mulut Benteke tadi. Semua tergamam mendengar cerita Rooney. Rooney berlalu keluar rumah. Dia membasuh kedua kakinya.
   
"I want back home first. Take care you all"
 
"Why so fast, let's drink teh tarik first"
Pawang tadi mengajak Rooney minum. Nak menuntut ilmu dengan Rooney agaknya.
 
"I can't, next time maybe. I want continue watching Mat Moto. Bye bye you all"
 
Rooney berlalu pergi meninggalkan semua diperkarangan rumah Benteke. Suasana kembali ceria dikawasan perumahan mewah itu, SRS kembali meronda, pawang balik kerumah, dan jiran Benteke dah dapat tidur dengan sedap semula. Benteke pun dah boleh main skateboard malam-malam. Happy ending..

Comments

Popular posts from this blog

Road Trip Mengelilingi Semenanjung

Tatkala matahari pagi Jumaat masih segan mahu naik kerana keberadaan bulan yang masih di atas sana, kami sudah bersiap mahu memulakan perjalanan. Sebelum bergerak, salah seorang jemaah kembara, Wan beberapa kali menendang tayar kereta bagi memastikan anginnya kukuh dan cukup zat. Selepas berpuas hati, barulah Wan kembali bertenang. Tidak mahu melengahkan perjalanan, selepas bersarapan roti puri bang Ali di Ayer Hitam, Johor, kami dengan bergegas maju ke lokasi pertama, kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Melaka dan Negeri Sembilan kami dah potong awal-awal memandangkan dua negeri ini kami dah handal isi negerinya. Kira bau dua negeri ini pun kami dah reti, sekali tarik nafas dan pejam mata je dah boleh teka mana satu bau Seremban dan mana satu bau Portugis dekat Melaka. Selesai di Bukit Tinggi, kami tuju pula ke Genting Highland. Sebelum pemanduan mendaki sekali lagi, kami rileks sekejap di hentian Genting Sempah untuk makan tengahari. Wan yang kelaparan terus me...

Satu Laporan Darul Aman

Tepat jam satu awal pagi selasa, satu rombongan menaiki van bergerak cergas meninggalkan bandar baru Ayer Hitam. Kesemua penumpang dan pemandu yang terdiri daripada sebelas belia begitu bersenang hati, tidak mengantuk dan tidak nyanyuk, seiringlah dengan perjalanan yang baru beberapa minit. Ditempat duduk belakang,  suara belia bersembang dan bunyi rekahan kacang bergilir-gilir kedengaran. Ada yang menyanyi secara runcit. Jenis nyanyi yang amat perlahan namun oktafnya tertib. Diluar, keadaannya optimis. Angin agak sekata, melahu dan berpatutan. Begitulah normalnya negara pelantar sunda. Saya selaku pemandu pertama cuba kekalkan ketenangan tahap tinggi dengan tidak memandu seperti tiada hari esok. Pada usia yang semakin banyak, tak ada lagi spirit Aryton Senna, 90-100 km/j sudah syukur. Suara berborak dibelakang tak berlangsung panjang, daya tahan mereka mula longgar, ada yang sudah menyandar mata. Semakin lama semakin sunyi dan semakin itu lah saya terasa seperti meman...

Empat pendekar menakluk Penang

Day 1   Pada pagi Isnin yang maha sejuk dan sunyi, mendaratlah empat orang pendekar yang jauh belayar dari sebuah negeri di selatan ke bumi Butterworth. Pelayaran jauh dari selatan tanah air ini membawa hajat manis mahu menakluk negeri Pulau Pinang, yang sebelumnya dah dijajah kapitano berbangsa Inggeris yang diberi nama Kapten Francis Light. Kedatangan kami pagi itu terlalu awal rupanya, sampaikan matahari pagi yang sedap pun tak sempat menyambut kedatangan kami, yang ada cuma bulan yang prestasinya semakin malap dan kusam, maklumlah, dah nak habis syif bekerja. Lokasi jajahan pertama kami sudah tentulah kota klasik Georgetown. Memandangkan feri pertama bergerak pun seusai subuh, kami duduk bertenang dulu sambil menghirup secawan kopi utara. Bergambar kenangan di terminal Butterworth.   Selesai minum, kami berjalan ke ruang menunggu feri pula, disitu penantian kami berulang kembali, cuma tidaklah terlalu lama, matahari pun masih belum masuk syif lagi. Semakin m...