Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Semalam di Manchester

  Malam semakin larut, kepekatan langit konsisten, tiada angin bertiup, cahaya bulan samar-samar bersembunyi belakang awan. Di lampu-lampu jalan, kabus kelihatan halus, dingin terasa kuat menggigit kulit, kulit dah terbiasa dilatih oleh iklim lembap khatulistiwa, sesekali keluar dari negara pelantar sunda dan bumi sambal belacan, Malaysia, gua terasa janggal. Ya, gua di luar Malaysia, sedang menikmati panorama benua Eropah, tapak bersemainya kemegahan penyokong The Citizen dari seluruh dunia, bandar Manchester.   Baru seminggu di Manchester, gua dah mula merindui Vladimir, kucing versi Wak Doyok, bulunya lebat, gua rajin simpan duit disebalik bulu Vladimir, jadi bila letak not kertas 10 pound sterling dalam poket seluar, gua mula sebak, nyaris berlinangan air mata keramat. Sebelum gua berangkat ke sini, gua ada gulungkan 10 Ringgit pada bulu Vlad, gua lupa ambil, risau betul kalau Vlad menjilat-jilat bulunya, keluar duit kertas tu, nanti Vlad ingat itu London Choco Roll, dit...

Era sepasang kebaya biru

Hati menyanyi riang, bunyi yang dikeluarkan langsung tak didengari, hanya gua seorang yang merasakan. Undangan makan percuma tak pernah gagal untuk mengghairahkan gua. Menantikan jam 8.30 malam terasa lambat, senja macam cuba melengah-lengahkan aturan makan malam percuma ni. Sementara menantikan waktu yg tepat, gua bersiap-siap mandi dengan Carrie junior, seperti dalam iklan, sebaik sabun di crett keluar, ada gajah warna pink keluar sama, kami mandi berdua. Selesai mandi, gua bersiap-siap, rexona gua sebatikan ke setiap celah badan yang bercelah. Minyak wangi Hugo Boss gua sembur dengan nafsu, dari kaki sampai ke rambut yang paling hujung. "Abang, malam ni Era ambil tau, siap-siap, pakai hensem-hensem, wangi-wangi macam selalu". Teringat kata-kata terakhir Era dalam telefon siang tadi. Gua sedikit ralit dalam ayat Era, dia suruh wangi macam selalu, gua kali terakhir dating dengan Era gua tak sempat mandi, Hugo Boss pun gua tak sembur. Gua mula syak sesuatu, tapi terbayangka...

Ranjau Di Kehujanan

  Petang Ahad, layan retromania sinar FM, dan langit kelabu lagi, menyampaikan khabar, mungkin hujan, mungkin tak. Jangan peduli, peduli tanda ambil tahu, bila kau ambil tahu, kau mula berharap, dan bila kau berharap, kau akan kecewa. Nada kecewa ni yakin gua utarakan sebab gua adalah mangsa kekecewaan dari sebuah harapan. Jadi bukan pasal kecewa yang gua nak cerita, bukan juga pasal hari Ahad, sekadar mukadimah yang panjang sikit.   Gua duduk didapur, berlindung dari kesejukan luar sana. Hirup secangkir kopi panas, cuba menghangatkan organ-organ utama dalam badan yang sasa ni. Asap vapor berkepul-kepul memenuhi dapur berskala kecil. Setiap sedutan berselang seli dengan hirupan kopi.  "Tap..tap..tap"   Air hujan mula menghempas zink. "Ahh jatuh juga kau, menangislah kalau itu keperluan, nangis puas-puas". Gua mengomel sendirian.  Tiba-tiba ada sepicis rindu yang menabrak. Gua ralit, rindu yang sebak tak sepatutnya datang. Ini mungkin memori silam ...

Malaysia, Najib dan Suster Keramas

  Ketenteraman bang Din diusik, isu isu dalam negara yang mengusik, kapal terbang, rasuah, dan segala macam ketirisan lagi memukul jiwa luhur kamikaze bang Din, kalau bang Din lahir di Utah ceruk batu Amerika nun sana, tiada maslahat rasanya nak mengulas. Sebagai penghuni negara penghujung benua Asia pelantar sunda ini, bang Din terpanggil untuk cuba ambil berat hal perihal negara tercinta ini, sepicis itu tanda prihatin.    Sebagaimana misterinya nusantara alam paranormal, isu kapal terbang mengikut jadi misteri sama, dua biji, satu ditembak, satu hilang ghaib macam alam ghaib, suster keramas dan tali pocong perawan. Dengan dua kuasa besar US dan Russia saling tuding jari, Malaysia terpaksa ikut, jari siapa yang paling kuat. Nak salahkan US, tak boleh, US geng main golf Najib, nak serang Russia, cuba cerita, kuasa mana yang berani usik anak buah Vladimir Putin, pernah Vladimir Putin tegaskan, jangan sampai beliau ratakan tanah eropah, perkara yang tak mustahil dilakukan...

Sampah dalam seni

Mendung masih sarat sejak pagi, tak kelihatan matahari menyelinap, langit pun tak merembes lagi sisa pemejalwapan. Impian hujan mahu turun belum terlaksana lagi. Cuaca sejuk mengundang Abang Din menguap dua tiga kali secara berturut-turut tanda mahu tidur, sementara komitmen kerja tak mengizinkan Abang Din untuk berbuat demikian. Mengantuk waktu kerja ini memang satu ketagihan buat Abang Din, tambah lagi baru lepas makan tengahari, kena lauk yg berbaur santan, memang kecanduan rasanya. Demi memenuhi tuntutan sebagai pekerja yg etikanya terpelihara, Abang Din gigih untuk tidak mengantuk, macam-macam wayang harus dilakukan demi mengaburi mata bos. "ahh layan era fm lah" Detus hati Bang Din secara tiba tiba. Telefon abang keluarkan dari poket belah kanan seluar Camel. Ibu jari sibuk memutar bahagian menu mencari aplikasi radio, download free dekat play store.. huhu Sejurus jumpa, Abang sibuk pula mengimbau frekuensi era fm. "rasa macam semalam baru buka dekat ...