Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Rooney Lawan 200 Ekor Jin

Selepas Rooney menampar pipi Benteke semalam, Benteke mula jadi pendiam. Tak banyak bercakap macam selalu. Benteke gemar menghabiskan masa bersendirian walaupun Benteke ada awek yang persis Leona Lewis.   Pada waktu malam, jiran-jiran Benteke selalu mengadu dengar Benteke meracau macam orang kena santau. Sampai satu malam jirannya yang paling hampir mula tidak tahan. Mungkin sebab waktu tidurnya terganggu kerana Benteke kerap meracau time orang tengah tidur. Anehnya, time siang sihat je Benteke ni, siap boleh main skateboard dekat laman rumah.   Jirannya bertindak mengadu kepada SRS di sebuah kawasan perumahan mewah di Barat Daya Liverpool. Rupa-rupanya SRS ni bukan setakat ada dekat Malaysia je, dekat England pun ada. Selepas beberapa ketika dan waktu, anggota SRS yang datang tidak dapat berbuat apa-apa. Racauan Benteke seperti dirasuk ablasa. Lalu mereka sebulat suara memanggil pengamal perubatan tradisional di England. Selepas meneliti anak mata Benteke, pawang ters...

Dato' Vida ft Nuo Muso ft Sleeq

     Selamat hari Sabtu rakyat Malaysia yang bijaksana. Cuaca hari ini agak sedap juga, siangnya tak seram sangat. Ini bagus untuk menaikkan mood, seterusnya memandu kita untuk bersedekah sedikit dari segi senyuman.      Semalam berita jutawan kosmetik Dato' Vida penuh menghiasi timeline dan wall laman sosial. Semuanya gara-gara kesudian beliau berkolaborasi dengan Nuo Muso. Bukan kolaborasi macam Sleeq dengan Ramlah Ram itu, tapi yang lain, sebab Nuo Muso sudah tentulah tak pandai rap, apatah lagi menyanyi dengan sangat sedap.     Usaha sama mereka berbentuk penjenamaan semula bola sepak Kelantan ke arah yang lebih padu dan dahsyat. Dikhabarkan Dato' Vida sudi menaja skuad The Red Warriors selama 2 tahun dengan tajaan yang bernilai RM 16 juta! Wow! Ini satu berita yang bagus selepas diceritakan Kelantan sebelum ini bergelut untuk bersaing dalam Liga Malaysia musim 2016 akibat kekangan kewangan.     Tapi, seperti mee bandung Muo...