Sedingin Kota Samprodia, daerah calcio terulung. Kota terancang, sistem perparitan seunggul tamadun Mesopotamia, sejarahnya setaraf taman tergantung Babylon. Struktur daerah dihias gunung peranginan, bukit bukau, disamping kemegahan kelab bola sepaknya di serie A, meski kelabnya bukan pencabar kejuaraan seperti pasukan Old Lady, penyokongnya ada sebab untuk berbangga, pasukan mereka dapat bersaing untuk liga tertinggi dalam kasta bola sepak Itali. Advantura Manaf ke kota ini bukan satu kesilapan, beliau menikmati suasana yang jauh berbeza berbanding Malaysia, bumi sambal belacan. Prospek untuk mendapatkan sambal belacan disini sangat kecil, tapi itu bukan masalah besar, manifesto travel Manaf dah termaktub yang beliau harus pantas menyesuaikan diri walau dimana pun keberadaan beliau, jadi masalah sambal belacan tak boleh menjadi faktor terbesar untuk beliau mengetepikan impian travelnya. Sepertua hidupnya, gerakan renaisan sebegini yang dah lama diimpikannya, bermukim dit...
Sebuah penulisan yang lebih tenang dari ketenangan itu sendiri