Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

KEJANG UNION : SEBUAH CERITA ASAL-USUL

            Pada satu petang yang bahagia di warong Man Cicak, duduk bertenang beberapa orang pemuda pada kerusi plastik, didepan mereka tersergam satu meja lipat empat segi dengan air-air murah dan mampu milik baru dihidangkan pekerja Man Cicak. Mereka semua leka bergosip hal ehwal percintaan, tak kurang juga cerita bekas graduan IPTA tempatan yang mengeluh hidup susah kerana perlu menyewa rumah semasa study dulu. Tak cukup dengan sewa rumah, duit makan, minyak motor, belanja awek keropok lekor dekat pantai PD, semuanya cerita yang berunsur beban. "Berat mata memandang, berat lagi seguni beras, sabar wan..sabar" Pujuk Mylo jambu sambil menepuk-nepuk bahu gempal Wan.   Ceritanya jadi sedih pasal jodoh Wan dan awek dia tak berpanjangan. Kira Wan gagal dengan cemerlang dalam pelaburan dia membelanja awek keropok lekor. Sepul kering mendakwa bahawa awek Wan memang denyut, sambil dia bersungguh membuat isyarat tangan menunjukkan potongan badan ya...