Selepas musnahnya rekod kebal JDT di Larkin, seluruh warga bola tempatan dan antarabangsa bercerita mengenainya. Di Kota Inggeris, Manchester United dan Arsenal antara pasukan yang memberi penghormatan dengan tidak mahu menang perlawanan masing-masing selepas mengetahui JDT tumpas buat kali pertama di Larkin sejak 2013. Kalau Manchester United, aku yakinlah memang mereka nak bagi penghormatan dengan sekadar seri, Arsenal itu yang tak berapa pasti, samada memang mereka mahu seri atau mereka tak mampu nak menang. Sementara di segenap warung-warung di jajahan takluk selatan, masih ada suara-suara sumbang menyatakan rasa tak puas hati dengan komitmen para pemain JDT di atas padang. JDT pun satu, kalau nak kalah pun, biarlah kalah dengan pasukan-pasukan agung macam Manchester United ke, Manchester Bersatu ke, atau Red Devil ke, ini tidak, dengan Felda juga mereka nak rebah. Dengar cerita sehari selepas Felda menang, harga sawit di pasaran dunia meningkat naik. Tak past...
Sebuah penulisan yang lebih tenang dari ketenangan itu sendiri